SELEPAS memperkenalkan resipi Nasi Goreng Ahmad Maslan (NGAM), Timbalan
Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menunjukkan pula skil kehebatannya
memasak sajian popular murtabak dan ikan bakar.
Mencuba sendiri membakar murtabak dan ikan bakar di sebuah bazar
Ramadan, Ahmad Maslan kelihatan bersahaja memecahkan telur di atas
sekeping murtabak yang dimasaknya.
Bertuah sungguh pelanggan yang dapat merasai murtabak dan ikan bakar air tangan daripada menteri kita itu..
Dalam perkongsian foto di laman Twitter, Ahmad Maslan turut menitipkan
pesanan agar peniaga di bazar-bazar Ramadan terus berniaga pada
bulan-bulan lain seperti mana yang dilakukan pada bulan puasa setiap
tahun.
“Bazar Ramadan bukti orang Melayu boleh berniaga. Secara kecil dulu
kemudian lebih maju. Teruskan pada bulan-bulan yang lain,” kicau Ahmad
Maslan di laman sosial tersebut.
0 Comments