Ahmad Maslan mempertahankan Datuk Seri Dr Najib Razak dan mengatakan
perdana menteri tidak begitu bodoh untuk mengambil wang kerajaan seperti
dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa AS$700 juta
(RM2.67 bilion) dipindahkan ke dalam akaun bank peribadinya.
Timbalan menteri kewangan juga berkata, Najib bukanlah jenis individu
yang mengambil wang kerajaan dan rakyat Malaysia tidak seharusnya
mempercayai akhbar perniagaan antrabangsa itu.
“Perdana menteri bodoh mana yang akan mengambil RM2.67 bilion
daripada dana agensi kerajaan dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi?
“Ia tidak munasabah langsung. Jika benar, ia kebebalan yang terlalu amat sangat.
“Perdana menteri memberitahu kami yang maklumat itu 100% tidak benar.
Jangan bimbang, dia bukan orang yang begitu. Kita tidak perlu menjadi
seperti WSJ dan percaya kepada berita pelik itu,” kata Ahmad dalam
ucapannya pada majlis penutup Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh
Jabatan Kastam di Ipoh, pagi ini.
Ketua Penerangan Umno itu berkata, minggu lepas, beliau sibuk melawat
beberapa bahagian Umno di Kuala Kedah, Sungai Petani, Bayan Baru, Batu
Kawan, Kuching dan Shah Alam untuk menjelaskan mengenai laporan 1MDB,
GST dan WSJ dalam mesyuarat tertutup.
Ahmad berkata beliau tidak fikir ada orang yang begitu bodoh menyimpan sejumlah besar dana awam dalam akaun peribadi mereka.
Beliau menambah sudah membuat panggilan telefon kepada Presiden dan
Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul
Kanda Kandasamy semalam, selepas membaca laporan syarikat milik
Kementerian Kewangan yang diserbu polis dan pegawai Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ahmad berkata berkesempatan bertanya jika terdapat penyelewengan
dilakukan 1MDB dan jika satu sen pun daripada 1MDB masuk ke akaun
perdana menteri, kedua-duanya dinafikan Arul.
“Kadang-kadang banyak perkara hanya persepsi. 1MDB sebenarnya sebuah
syarikat yang mahu membangunkan Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur
sebagai pusat kewangan yang hebat,” kata Ahmad.
Minggu lepas, WSJ melaporkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada
Tanore Finance, sebuah syarikat di British Virgin Island, didepositkan
ke akaun Najib dalam dua transaksi pada 21 dan 25 Mac pada 2013, sebelum
pilihan raya umum Mei tahun itu.
Akhbar perniagaan itu juga memuat naik dokumen digunakan dalam
laporannya yang menunjukkan arahan pindahan telegraf dan carta yang
aliran wang.
Satu pasukan petugas khas kerajaan yang menyiasat dakwaan itu
mengesahkan Najib mempunyai akaun di AmBank, tetapi kedua-dua akaun
ditutup sebelum WSJ mendedahkannya. – Suarakami
__________________________________________________________.png)
sumber
0 Comments