JEDDAH: Seorang hartawan dan pelabur Arab Saudi sanggup menawarkan
ganjaran sebanyak 1 juta riyal (RM898,000) kepada sesiapa yang dapat
menebang sepohon kurma di luar pusat beli-belah yang dalam pembinaan,
lapor akhbar Al Youm.
Tawaran itu bukan saja lumayan, tetapi juga menarik kerana ada kisah
unik di sebalik misteri pokok kurma itu sendiri yang terus berdiri di
tengah-tengah kawasan letak kereta pasar raya berkenaan.
Biarpun sepohon, pokok kurma itu bukan seperti pokok kurma lain kerana
didakwa 'berpenghuni' atau menjadi rumah sekeluarga jin, sebagaimana
didakwa beberapa guru agama yang dipanggil bagi membantu meleraikan
halangan menumbangkan pohon itu.
Ada berani? Tebang pohon kurma ini dan terima ganjaran Rm898,000!!
Berikutan itu, semua usaha menebangnya, daripada cara tradisional
menggunakan kapak, jentolak sehinggalah ke mesin gergaji, terbukti gagal
menumbangkan pohon kurma itu.
Jentolak yang digunakan pula daripada yang kecil sehinggalah besar,
tetapi masih gagal menyebabkan pengurus projek serta hartawan berkenaan,
pening kepala.
Malah, jin berkenaan didakwa mengamuk dan mengganggu pengawal
keselamatan yang bertugas di tingkat lain bangunan itu selain
menjejaskan operasi pembinaan pusat beli-belah berkenaan.
Jin itu turut dikaitkan sebagai punca kematian seorang pekerja yang terjatuh daripada bangunan itu ketika bertugas.
Apa yang pasti, pohon kurma itu masih gagah berdiri dan tawaran ganjaran lumayan itu masih terbuka sehingga sekarang. - Agensi
__________________________________________________________.png)
0 Comments