Sepuluh pasangan menyertai majlis perkahwinan dengan hanya memakai
pakaian dalam dan 'menutupi' badan dengan pelbagai lukisan
berwarna-warni.
Majlis yang diadakan di taman rekreasi Hangzhou Paradise pada Ahad yang dirakamkan itu kini menjadi viral di laman media sosial.
Kebiasaannya, mengikut tradisi rakyat China, 'perkahwinan bo-gel' adalah
perkahwinan yang menyaksikan pasangan pengantin disatukan atas dasar
cinta, namun tidak mempunyai rumah mahupun kereta yang didaftarkan atas
nama mereka.
Ia sebagai lambang cinta terhadap pasangan masing-masing, bukannya kerana harta benda. - mStar Online

0 Comments