░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

5/2/15

Video,Remaja perempuan separuh bogel cuba terjun bangunan sekolah


terjun
GADIS remaja dipujuk anggota bomba supaya turun dari beranda bangunan sekolah tingkat tiga di Kangar, Perlis semalam.

Remaja perempuan separuh bogel cuba terjun bangunan sekolah – Kira-kira 1,000 pelajar sebuah sekolah menengah di sini gempar apabila seorang remaja perempuan separuh bogel cuba terjun daripada tingkat tiga sekolah tersebut semalam.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, sebelum kejadian pukul 8.58 pagi itu, remaja berusia 17 tahun yang dipercayai kurang waras itu melarikan diri semasa mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.
“Abang remaja itu membawa adiknya untuk menjalani rawatan secara tradisional di Kangar, namun dia bertindak melarikan diri menyebabkan abangnya terpaksa menghantar adiknya itu ke HTF.
“Remaja itu sekali lagi melarikan diri dari HTF sebelum menuju ke sekolah menengah terbabit dan duduk di tembok beranda tingkat paling atas bangunan tiga tingkat itu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Remaja perempuan itu bertindak menanggalkan baju dan colinya menyebabkan dia dalam keadaan separuh bogel.
Anggota bomba yang memujuknya turun kemudian memberinya baju untuk dipakai bagi menutup tubuhnya.
kosmo!
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com