[Latest News][6]

aaa
aab
Adi Putra
Aidil Zafuan
alam
Anime
Anzalna Nasir
Article
berita
Betul Ke Bohong
Bola
canggih
cantik
Cartoon
Cerita Ghairah
CINTA
Cool
Download
Drama
Dunia Accident
Dunia aneh
Dunia Automobil
Dunia Fotografi
Dunia Gosip
Dunia Haiwan
Dunia Hot
Dunia Jenayah
Dunia Kesihatan
Dunia Loving
Dunia Pelik
Dunia Sukan
E-BOOK
Easy to Buy (Online Shop)
Emma Maembong
Event
Fail
gadget
game
GOOGLE ANALYTIC
Hafiz
Hairul Azreen
Hanez Suraya
Hanis Zalikha
hantu
Ingatlah
Insaflah
Internet
INTERNET BISNES
Jawatan Kosong
Kerja Kosong
Khai
Kita
kosmo
Lawak
Lawak Gambar
Lawak Pendek
Lawak Video
lirik english
lirik melayu
Lucu
macam-macam
Magazine
Makanan
Mamat
Manusia(setan)
Memasang Related Post
Menarik
Metro Arena
MH370
Mohd Mentor
motivasi
Nabila Huda
NUFFNANG
nyummy
PAID TO CLICK
Petua
Rahim R2
RAHSIA KAD PREPAID
Remy Ishak
Rosma AF
Sharifah Sakinah
Syazwan Zulkifly
Teka-Teki
Teka-Teki Gambar
teknologi
tips
tradisi
TUTORIAL
unik
video
weird
Zarema Zainal
Zizan Razak

Remy beromen atas batu, mufti tak murka?





Salah satu babak lakonan Remy Ishak dan Izarah Aishah dalam filem Pilot Cafe.Salah satu babak lakonan Remy Ishak dan Izarah Aishah dalam filem Pilot Cafe.

Pelakon Remy Ishak menjelaskan gosip mengenai dirinya sudah bertunang hanyalah salah faham.

Menjelaskan lebih lanjut perkara itu, Remy menyatakan dia menyedari ada komen dari pengikut di laman Instagram miliknya menyatakan dia bertunang.

Walhal sebenarnya ia adalah majlis pertunangannya adik bongsunya.

"Itu hanya salah faham. Memang saya perasan seorang pengikut saya di IG menulis komen saya bertunang dan peminat lain nampak jadi mereka terperanjat.

"Sebenarnya, adik lelaki bongsu saya yang bertunang dan akan berkahwin pada September ini," katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui pada majlis tayangan filem terbaharu lakonannya, Pilot Cafe di Kuala Lumpur, semalam.

Pelakon berusia 33 tahun itu mengulas laporan sebuah akhbar mingguan baru-baru ini menyebut dia dalam diam sudah mengikat tali pertunangan dengan gadis.

Memberi reaksi terkejut ketika diajukan dakwaan itu, Remy menyatakan dia masih lagi belum bertemu dengan pilihan hatinya justeru buat masa ini tumpuannya hanya pada kerjaya.

Katanya, bukan tidak terfikir mahu mengakhiri zaman bujang tetapi sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga, dia mahu mendahulukan adik-adiknya.

Dalam pada itu luah jejaka berkulit hitam manis ini lagi, dia sukar menemui pasangan kerana timbulnya persepsi dirinya sukar didekati wanita.

Akuinya, dia bukan seorang yang memilih sebaliknya mengimpikan seseorang yang boleh menerima dirinya sebagai orang biasa bukan atas nama seorang yang popular.

"Saya anak lelaki sulung, jadi tanggungjawab dan banyak hal tentang keluarga terletak di bahu saya.

"Biarlah adik-adik saya dulu yang berumah tangga, kemudian baru saya fikirkan tentang diri saya," ujar anak kedua daripada empat beradik ini.

Akuinya, pandangan sesetangah pihak terhadapnya membuatkan dia sukar mendapat pasangan.

"Orang takut nak dekati saya disebabkan spekulasi negatif dan persepsi mereka terhadap saya.

"Hakikaktnya ramai orang apabila sudah kenal saya, mereka akan kata yang saya bukan seperti yang mereka sangkakan atau yang mereka pernah dengar mengenai perkara negatif tentang saya.

"Kalau perkara sebegitu masih lagi menghalang saya mencari pasangan sendiri sehingga usia semakin meningkat, saya akan serahkan pada keluarga untuk carikan calon isteri untuk saya," katanya sambil tersenyum.

Dipukul Ombak Ketika Berasmara

..

Sementara itu, menyentuh pengalaman berlakon menerusi filem Pilot Cafe, Remy menyatakan dia bertuah kerana sekali lagi dapat bekerja di bawah arahan pengarah Osman Ali selepas Cun dan Sejoli.

Dedahnya, dia antara pembaca tegar novel Ahadiat Akashah untuk filem kali ini malah, pernah berangan melakonkan watak juruterbang, Kapten Ameer iaitu teraju utama kisah romantik tersebut.

"Saya pernah baca novel Pilot Cafe sewaktu zaman sekolah. Saya pernah bercita-cita nak jadi juruterbang jadi saya memang pernah berangan nak berlakon sebagai Ameer tetapi mungkin bukan rezeki saya kali ini," tuturnya yang memengang watak sebagai pemuda kampung bernama Rashid.

Meskipun penglibatannya tidak banyak tetapi ada beberapa babak yang mencabar yang terpaksa dilakonkannya.

"Babak saya dan Maya (lakonan Izarah Aishah) berasmara antara babak mencabar pada saya.

"Babak itu di mana kami berdua berbaring di atas batu di pantai. Ketika penggambaran babak itu, ombak sangat besar.

"Sebelum buat babak itu aya ada beritahu Izarah yang saya rasa takut sebab memang ombak kuat pada masa itu.

"Ada sekali kami dipukul ombak dan hampir hanyut. Mujurlah tangan saya mencengkam kuat pada batu tersebut.

"Ketika lakukan babak itu juga kaki saya tercucuk batu karang yang ada di celah batu tersebut dan mengalami pendarahan.

"Kesannya sampai sekarang di tapak kaki saya ada satu lubang kecil akibat tusukan karang itu," kongsinya.

Pilot Cafe turut diterajui barisan pelakon hebat lain seperti Fahrin Ahmad, Neelofa, Datuk Eizlan Yusof, Keith Foo, Aishah Ilyas, Ainuk Aishah dan ramai lagi.

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures ini akan ditayangkan di pawagam seluruh tanah air mulai 30 April ini..

-mD

http://www.malaysiandigest.com/h ... utm_medium=facebook
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

About Author Buddy-On9

Apa Kejadahnya Semua Ini!!! Berita-berita terkini, panas di pasaran.

Start typing and press Enter to search