░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

3/22/15

Seks Bantu Cantikkan Kulit


LadyLista - Bagi mereka yang sudah berkahwin, mungkin tak tahu, hubungan intim bersama pasangan anda itu sebenarnya memberi banyak manfaat bukan sahaja pada kesihatan anda, tetapi juga pada kecantikan wajah anda. Jom baca : 

1. Ia buat kulitmu mekar kemerahan. Sama seperti apa jua senaman fizikal yang lain, seks melancarkan aliran darah. Untuk menangani aliran darah yang meningkat, kapilari darah pada wajah akan mengembang, memberikan kulit kemekaran sihat – seperti kamu baru selesai berlari 5KM.

2. Ia menghindarkan daripada kesan penuaan. Anggap seks sebagai tambahan kepada krim anti penuaan. Tahap estrogen yang seimbang  bukan sahaja membantu kulit kekal lembut tetapi juga anjal. Sebagai tambahan, seks boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi kamu, jelas Julie Karen, M.D, yang mengurangkan keradangan, proses yang lama kelamaan akan melemahkan kolagen dan elastin.

3. Ia menghapuskan jerawat. Tak sangka kan? Ia boleh membersihkan pori-porimu. Ketika seks, tubuh mengeluarkan hormon yang menaikkan mood dipanggil beta-endorfin, yang mempunyai efek anti-keradangan. Paras kortisol hormon tekanan yang menggalakkan jerawat – akan menurun bila kamu kerap ‘bersama’. Lagi kerap, makin bersihlah kulit.

4. Ia menghidrat kulit. ‘Aksi-aksi’ yang kerap diulang akan memastikan paras hormon pun stabil, jelas Yvonne Fullbright, Pd.D. Ini penting untuk estrogen, yang memainkan peranan penting di dalam penghidratan kulitmu. Ia juga menggalakkan penghasilan kolagen.

__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com