░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

3/20/15

Produk MILO Tiruan Di Pasaran Malaysia

Sebut sahaja nama MILO, pasti semua tidak asing lagi dengan minuman kegemaran rakyat Malaysia ini bukan?
Poshearnestearthworm
Image via SAYS.com

Dan kepada penggemar minuman MILO, ada satu berita kurang enak yang ingin kami sampaikan kepada anda
Tumblr m0yineeytm1qhjht6o1 400
Image via tumblr.com

Semalam, Facebook MILO Malaysia memuat naik satu status memberitahu pengguna tentang penghasilan produk MILO palsu yang dijual secara berleluasa di sekitar Malaysia
Big thumb 5910

Pada mata kasar, ia tidak ubah seperti produk minuman MILO, namun risikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan mendapati produk itu sebenarnya palsu
Big thumb b5c4
Image via antarapos.com

Sindiket berpangkalan di Taman Mulia di Mantin, Negeri Sembilan dikesan menghasilkan produk minuman coklat palsu jenama terkenal itu sebelum diedarkan di pasar raya seluruh semenanjung Malaysia.

Taktik licik sindiket itu yang menjadikan sebuah rumah banglo di situ sebagai ‘kilang’ bagaimanapun berjaya dibongkar KPDNKK jam 3.30 petang Jumaat, 13 Mac 2015

Hasil serbuan, sebanyak 225 bungkus minuman bercoklat palsu yang sedia untuk dipasarkan dan beberapa tong serbuk minuman itu ditemui di dalam rumah berkenaan
Big thumb d7bd

“Hasil pemeriksaan itu kita dapati terdapat sebanyak 225 bungkusan yang berisi Milo tiruan disimpan di dalam sebuah bilik. Kita percaya bungkusan berjenama Milo tiruan itu sedia untuk dipasarkan di sekitar negeri ini dan kawasan berhampiran,

“Milo ini disahkan tiruan berdasarkan cara proses yang dilakukan adalah menyalahi proses sebenar seperti mana mengikut langkah yang ketat dan selamat di kilang Nestle,” kata Ketua Penguatkuasa negeri, Saifulbahri Abdul Kadir


Turut dirampas ialah 1,100 kotak kosong, 50,000 plastik pembungkus kosong, mesin pencetak, mesin pelekat, mesin timbang, pencetak nombor serta 29 unit blok nombor siri bercetak dan 10 unit besi nombor siri bercetak
Big thumb 89da

    • Dalam serbuan itu, enam orang warga Myanmar dan Indonesia, berusia dalam lingkungan 20-an turut ditahan untuk pemeriksaan, dipercayai pekerja di rumah itu.

      Saifulbahri berkata, produk tiruan itu dikesan melalui aduan orang awam selepas melihat ada aktiviti yang mencurigakan di sebuah rumah di situ sejak beberapa bulan lalu.

      Katanya, melalui pemeriksaan yang dilakukan bersama wakil syarikat Nestle di Taman Mulia, Mantin itu terdapat beberapa bekas berisi Milo tiruan yang belum dibungkus dalam rumah terbabit.
       utusan.com.my

    • Video aktiviti pembuatan MILO palsu telahpun tersebar meluas di laman sosial. Saksikannya di bawah:

    • Beginilah reaksi yang diterima dari orang ramai. Masing-masing risau dan tertanya-tanya sama ada mereka telah membeli produk MILO tulen ataupun palsu sebelum ini. 
    • Big thumb 219f
    • Image via Facebook MILO Malaysia

    • Persoalannya, bagaimana cara untuk mengenal pasti atau membezakan produk MILO yang tulen dengan yang tiruan? Baca penjelasan dari pihak MILO di bawah:
    • Big thumb a8e5
    • Image via imgur.com

    • Terdapat perbezaan yang ketara dari segi rasa. MILO tulen mempunyai malt, rasa berkrim dengan coklat yang kaya, manakala produk tiruan mempunyai perisa koko yang kuat dan rasa sedikit terbakar, lebih manis dan juga lebih gelap warnanya apabila dicampur dengan air.

    • Pembungkusan produk palsu seolah-olah hampir sama dengan pembungkusan yang tulen. Sekiranya anda percaya bahawa anda mungkin telah membeli produk yang palsu, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pengguna Nestle di 1800-88-3433 untuk bantuan lanjut. Nestle juga sedang menggerakkan pasukan jualannya untuk mengenal pasti produk palsu. 

      Terima kasih.
       says.com

    • Bagaimana pula dari aspek kesihatan? Adakah produk MILO tiruan ini memberi kesan serius kepada kesihatan seseorang?

    • Big thumb 6125
    • Image via imgur.com

    • Pihak berkuasa telah menyediakan sampel produk palsu untuk ujian. Berdasarkan penilaian awal kami, produk itu didapati tidak merbahaya, tetapi kami sedang menjalankan analisis lanjut dan ujian ke atas sampel produk. Terima kasih.

    • Pihak MILO Malaysia telahpun menyediakan satu tip tentang cara untuk membezakan produk MILO yang tulen dengan yang palsu, iaitu melalui bentuk potongan pada setiap bungkusan. Nampak bezanya?
    • Big thumb 2c1e
    • Image via Faebook MILO Malays__________________________________________________________

  • Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
    Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
    Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
    AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
    __________________________________________________________

    Post a Comment

    Note: Only a member of this blog may post a comment.

     
    Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com