░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

3/26/15

Orang Ramai Mula Beli Barang Keperluan, Sebelum Gst Dilaksana


Orang ramai dilihat mula membanjiri pasar raya besar untuk membeli barang keperluan, sebelum GST dilaksanakan mulai 1 April ini. - Foto TRP/ Ikhwan Hazwan 

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Orang ramai dilihat mula membanjiri pasar raya besar untuk membeli barang keperluan, sebelum bermulanya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pada 1 April ini.
Tinjauan TRP di sebuah pasar raya di Kuchai Lama mendapati, orang ramai bukan sahaja membeli makanan dan keperluan rumah, tetapi juga persiapan untuk kenduri perkahwinan yang akan diadakan, selepas pelaksanaan sistem cukai baru itu.

Menurut Abdul Karim Wahidullah, 59, dia mula membeli barangan seperti pinggan, cawan dan bekas makanan, untuk digunakan dalam kenduri yang akan diadakan pada 12 April ini.

Katanya, hari ini merupakan pusingan pertama untuk membeli barangan berkenaan dan dia akan terus membuat pembelian, sementara GST belum dikuatkuasakan.

“Saya datang beli awal, kerana bimbang harga barangan akan naik, selepas GST dilaksanakan nanti dan selepas ini, saya akan datang lagi untuk membeli barang keperluan lain.

“Diharapkan peniaga tidak akan menaikkan harga barangan, sebelum GST dilaksanakan, kerana ia dilihat akan membebankan orang ramai yang terpaksa menanggung cukai lebih, selepas 1 April depan,” katanya ketika ditemui pada Rabu.

Pendapat sama turut dikongsi Lily Yean, 31, yang bertindak membeli barang keperluan lebih awal.

Jelasnya, dia tidak mahu bersesak dengan orang ramai untuk membeli barangan pada saat-saat akhir, sebelum GST dilaksanakan Rabu depan.

“Dengan membeli barangan sebelum GST, sudah tentu ia sedikit sebanyak dapat menjimatkan wang, terutamanya mereka yang bujang seperti saya.

“Saya juga membeli barangan menggunakan kad debit, kerana bimbang untuk membawa wang tunai yang banyak dan sudah tentu apabila GST dilaksanakan nanti, caj enam peratus tersebut turut akan dikenakan,” ujarnya.
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com