░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

2/25/15

Bayi Di Cabul Suami Pengasuh Hingga Lebam!




Kuala Lumpur: Malang buat seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan apabila menjadi mangsa cabul ketika berada di rumah pengasuhnya di Kepong, di sini.
Kejadian itu hanya hanya disedari ibu mangsa kira-kira jam 7.30 petang Jumaat lalu sebaik mengambil anaknya itu dari rumah pengasuh terbabit.

Menurut sumber, difahamkan si ibu yang berusia 33 tahun mengesyaki anaknya dicabul suami pengasuh terbabit berusia 30-an.

“Mangsa menyedari perubahan anaknya itu ketika ingin menukar lampin pakai buang apabila terlihat kesan gigitan di badan dan lebam di alat sulit bayi itu,” katanya.

Sumber berkata, wanita terbabit kemudian menghubungi pengasuhnya dan bertanya mengenai hal itu namun diberitahu kesan itu akibat anaknya belajar duduk serta akibat lampin pakai buang tidak ditukar.

“Sangsi dengan alasan pengasuhnya, dia yang tidak berpuas hati kemudian merujuk perkara itu kepada pihak hospital.

“Selepas pemeriksaan wanita terbabit terkejut apabila dimaklumkan doktor ia bukan daripada kesan lampin pakai buang sebaliknya terdapat tanda dicabul,” katanya.

Wanita itu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Setakat ini tiada tangkapan dilakukan.

______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com