░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

1/12/15

Gara-gara bercumbu dengan kekasih, pelajar dirogol



SABAK BERNAM 8 Jan. - Hasrat sepasang kekasih yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di sini yang mahu memadu kasih di dalam sebuah kereta, bukan saja tidak kesampaian malah pasangan perempuan itu dirogol seorang lelaki lain. Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam Ahad lalu apabila kedua-dua pelajar itu meletakkan kereta mereka di satu kawasan gelap di sini. Ketika sedang leka bercumbu dan dalam keadaan separuh bogel, mereka didatangi oleh suspek berusia 23 tahun yang memandu kereta jenis Honda. Suspek telah mengarahkan kedua-duanya berbogel dan merakamkan gambar mereka selain turut merampas telefon bimbit.

Disebabkan panik dan ketakutan, kedua-dua pelajar yang berusia 20 tahun itu hanya menurut arahan suspek.

Suspek kemudian mengugut mahu menyebarkan gambar lucah terbabit dan mengarahkan pelajar perempuan itu berjumpa semula dengannya di kedai makan.
Mangsa yang takut gambar lucah dia bersama teman lelaki tersebar kemudian memberikan alamat rumah sewanya kepada suspek sebelum lelaki itu datang menjemputnya kemudian.

Suspek seterusnya membawa mangsa ke sebuah kedai makan di Kuala Selangor dan kemudian ke sebuah hotel di Sekinchan pada kira-kira pukul 2.30 pagi.
Dia kemudian mengarahkan mangsa mengurut badannya sebelum bertindak merogolnya di dalam bilik hotel berkenaan.
Mangsa selepas itu dihantar pulang ke rumah sewanya oleh suspek dan dipulangkan telefon bimbit.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohamad Khalid Ishak ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurutnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam sehari selepas kejadian manakala suspek ditahan pada 6 Januari lalu di rumahnya di Sungai Air Tawar.
“Polis menahan reman suspek sehingga 13 Januari ini dan kes disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” ujarnya. 

______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com