░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

1/20/15

BR1M 2015!!! Daftar sebelum tamat 31 januari ini

BR1M 2015 atau BRIM 4.0 (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) sudah boleh dikemaskini bermula 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 khas untuk warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja.
Untuk BR1M 2015 kali ini ada kelainan dan keistimewaan sikit. Untuk penerima BRIM 4.0 yang isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, bayaran BRIM dinaikkan dari  RM650 kepada RM950.
Manakala bagi penerima yang isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 bayaran ditingkatkan dari RM450 kepada RM750.
Berbeza dengan kategori individu (bujang) berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar BR1M dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.
Yang tak berapa best, pembayaran BR1M 4.0 adalah sebanyak 3 kali dalam tempoh setahun dan jangan salah faham kalau mula-mula anda akan menerima 1/3 dari jumlah yang sepatutnya anda dapat.
Kalau dah 1 Disember 2014 nanti, anda bolehlah melayari laman web yang disediakan dan mengemaskini butiran peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan no akaun bank anda. Harus diingat, akaun bank andamestilah aktif!
Anda boleh mengemaskini borang permohonan BR1M anda di sini :
Untuk penerima yang sudah mendaftar, anda tidak perlu mendaftar semula, anda hanya perlu kemaskini BR1M 4.0 sahaja seperti yang dinyatakan di atas.
Bagi yang belum pernah menerima BRIM sebelum ini, anda mestilah membuat permohonan baru dan mengisi borang permohonan BRIM 4.0 secara online di pautan laman web di atas.
Tarikh pembayaran BR1M 4.0 ini akan diberitahu mengikut peringkat bermula awal bulan Januari 2015.

SURAT DARIPADA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Tuan / Puan,

BR1M 2015: KEMAS KINI MAKLUMAT PEMOHON

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.        Dimaklumkan bahawa pendaftaran BR1M 2015 akan bermula pada 1 Disember 2014.
Bagi memastikan permohonan BR1M tuan / puan dapat diproses dengan sempurna, sukacita diminta untuk mengemaskini semula maklumat peribadi seperti berikut:
  1. Maklumat pasangan / tanggungan;
  2. Alamat terkini pemohon bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat;
  3. Maklumat akaun bank pemohon. Untuk makluman, pembayaran BR1M 2015 akan dibayar sebanyak 3 kali setahun. Justeru itu, tuan / puan dinasihatkan agar dapat mengemukakan maklumat akaun bank yang tepat bagi memastikan bayaran dapat disalurkan terus ke akaun bank tuan / puan. Senarai bank yang dibenarkan adalah seperti di lampiran; dan
  4. Untuk makluman, penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas adalah layak dipertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Oleh itu, pemohon di bawah kategori isi rumah dan warga emas diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.
3.       Pemohon boleh mengemaskini maklumat tersebut mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di alamat https://ebr1m.hasil.gov.my atau dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) dan dikembalikan ke mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / UTC LHDNM. 
4.      Kegagalan tuan / puan mengemaskini maklumat di atas akan menyebabkan permohonan tuan / puan tidak diproses. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (LHDNM) atau talian 03-88824565 / 4566 (Kementerian Kewangan Malaysia)
Sekian, terima kasih.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________
sumber

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com