░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

11/5/14

Cawangan Baru Fareeda Subang Airport, Promosi Rm200 Sehelai



SYARIKAT pengeluar tudung eksklusif, Fareeda Global Resources Sdn Bhd menerusi jenama Fareeda membuka cawangan baharu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang (LTSAAS), semalam.

Pengarahnya, Mawar Abdul Karim berkata, pembukaan itu merupakan cawangan pertama milik Fareeda di lapangan terbang.

"Kami mahu lihat sejauh mana sambutan pelanggan di sini terlebih dahulu sebelum membuka cawangan di lapangan terbang lain di seluruh Malaysia.

"Mungkin selepas ini, kami merancang membuka cawangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya selepas pembukaan cawangan keenam Fareeda di Subang.

Mawar berkata, pihaknya sudah merancang membuka cawangan di lapangan terbang ini sejak dua tahun lalu.

Fareeda mempunyai enam cawangan termasuk di Shah Alam, Kelantan dan Pulau Pinang serta dua di Bangi.

Fareeda juga bakal membuka cawangan ketujuh di Alamanda, Putrajaya sebelum akhir tahun ini.



Mengulas perancangan syarikat pada 2015, Mawar berkata, syarikatnya bakal membuka empat lagi cawangan baharu termasuk di Johor selain merancang menembusi pasaran Brunei dalam tempoh dua tahun akan datang, berikutan permintaan yang menggalakkan di negara itu.

Sempena pembukaan cawangan baharu itu, Fareeda menawarkan lapan koleksi dengan corak baharu yang terhad antaranya Nour Sara Printed, Nour Sofea dan Aisya.

Pembeli berpeluang menikmati harga pengenalan bagi koleksi tudung Fareeda bermula RM120 sehingga RM200 sehelai selagi stok masih ada.

Sementara itu, pembeli pertama Fareeda, Nur Ziela Fara Hanis Burhan, 21, ketika ditemui berkata, dia sudah berada di butik itu sejak jam lapan malam kelmarin, bersama rakan-rakan yang lain.

______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com