░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

10/1/14

Lembah Klang Dilanda Ribut


Kuala Lumpur: Hujan lebat kira-kira dua jam yang melanda Lembah Klang sejak jam 3 petang, menyebabkan beberapa kawasan lalu lintas sesak teruk dan bergerak perlahan.

Menurut kenyataan dikeluarkan Skuad Bantuan Awal Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi laman Facebook (FB) antara kawasan yang mengalami kesesakan teruk itu adalah di Ampang Park dan Jalan Yew.


Laluan trafik bergerak perlahan antaranya di Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang, Bulatan Pahang, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Tun Razak, Lebuhraya Mahameru dan Jalan Cheras.

Sehubungan itu, ITIS DBKL menyarankan orang ramai agar berhati-hati ketika memandu semasa hujan, nyalakan lampu kenderaan serta jaga jarak serta kelajuan kenderaan.


Pada masa sama, terowong Stormwater Management And Road Tunnel (SMART) ditutup kira-kira jam 4.30 petang dan sistem banjir beroperasi.


Bagaimanapun, maklumat yang dikeluarkan menerusi laman Twitter SMART turut memaklumkan terowong SMART dalam proses pembukaan kira-kira jam 5.15 petang.

Manakala warga Shah Alam cemas seketika apabila hujan beserta angin kuat turut melanda beberapa kawasan di bandar raya itu petang tadi.

Kejadian bermula kira-kira jam 2.30 petang itu turut menyebabkan berpuluh pokok besar tumbang malah ada yang melintang di atas jalan raya yang menghalang lalu lintas.

Beberapa kenderaan juga turut rosak akibat ditimpa pokok yang kebanyakannya dilaporkan sekitar kawasan Bukit Jelutong.

Kejadian ribut kira-kira 10 minit itu juga turut merosakkan beberapa struktur bangunan di SK Bukit Jelutong.

Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) juga mengalami kesesakan sepanjang 200 meter selepas sebatang pokok tumbang yang menghalang lalu lintas.


______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com