░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

10/19/14

Lelaki Tolak Isteri Patah Balik Gilis Kepala


Gambar hiasan
Sarikei : Hanya kerana pertengkaran kecil di dalam kereta, seorang wanita warga emas berusia 61 tahun, maut dalam keadaan mengerikan di tengah jalan. Bukan sahaja ditolak keluar dari kereta, suaminya yang berang berpatah balik dan menggilis kepala mangsa yang sedang dalam kesakitan tanpa belas kasihan.

Kejadian berlaku dalam jam 7.30 malam, apabila mereka pulang dari rumah rakan mereka. Dalam perjalanan pulang mereka bertengkar tanpa diketahui apa puncanya. Suami yang berusia 60 tahun naik berang lalu memberhentikan kereta di jambatan Sungai Mekam. 

Lalu dia menolak isterinya keluar dari kereta dan berlalu pergi. Tidak cukup dengan itu, beberapa minit kemudian, die berpatah balik dan menggilis kepala mangsa yang sedang terbaring kesakitan. Suspek kemudian pergi semula ke rumah rakannya dan apabila ditanya di mana isterinya, dia hanya berdiam diri.

Mayat mangsa kemudiannya dijumpai oleh orang ramai dalam keadaan mengerikan dan berlumuran darah. Polis dimaklumkan oleh orang awam tiba di tempat kejadian dan mendapati mangsa cedera parah dikepala dan kesan gilis di telinga. 

Mayat di bawa ke hospital Sarikei untuk dibedah siasat.
Suami mangsa di tahan untuk siasatan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com