░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

10/1/14

Kahar Buntal Kaya Kerana Kerang


Kuala Selangor: Nelayan tradisional sekitar Sungai Buloh, di sini sudah mampu tersenyum lebar apabila pendapatan mereka semakin meningkat dengan kewujudan ‘kebun’ kerang.
Ini dibuktikan melalui keluaran benih kerang bermutu dengan purata pendapatan kira-kira 500 nelayan meningkat kepada RM3,000 hingga RM3,600 sebulan berbanding sebelumnya sekitar RM1,000.

Kebun Kerang Kuala Selangor yang terkenal dengan pengeluaran kerang segar mula diperkenalkan oleh  JPNS sejak 2006 di kawasan seluas 200 hektar, sekali gus berjaya mengeluarkan hasil memuaskan.

Pegawai Bahagian Pengembangan Jabatan Perikanan Daerah Kuala Selangor Rahman Kasri berkata, semua kerang yang dikeluarkan di daerah itu adalah bersih, segar dan bermutu.
PENGUSAHA Kebun Kerang, Kahar Buntal bersama ahli keluarga membersihkan kerang dituai di Jeti Pangkalan Nelayan Sungai Buloh, Kuala Selangor.


“Bagaimanapun bagi menjamin pendapatan yang lebih baik, JPNS menyasarkan pembukaan kawasan baru sehingga mencecah 10,000 hektar dengan pembabitan 840 nelayan tradisi.

“Peningkatan hasil begitu mendadak bermula dari 2007 dengan pengeluaran 3,021 tan metrik melonjak kepada 13,500 tan metrik pada 2008 hingga kini,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, pengeluaran terus meningkat pada 2009 yang mencecah 30,561 tan metrik sebelum mencecah 41,410 tan metrik pada 2010 hingga kini.

“Kerang yang dikutip dari kebun akan dibilas sehingga bersih dengan air serta melalui kaedah pengasingan segala kotoran seperti selut dan sampah menggunakan alat khas.

“Kerang bersih akan diedar terus ke pasar dan pemborong dari jeti pembersihan. Pemborong atau pembeli boleh mendapatkan kerang berkenaan secara segar dan hidup,” katanya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com