[Latest News][6]

aaa
aab
Adi Putra
Aidil Zafuan
alam
Anime
Anzalna Nasir
Article
berita
Betul Ke Bohong
Bola
canggih
cantik
Cartoon
Cerita Ghairah
CINTA
Cool
Download
Drama
Dunia Accident
Dunia aneh
Dunia Automobil
Dunia Fotografi
Dunia Gosip
Dunia Haiwan
Dunia Hot
Dunia Jenayah
Dunia Kesihatan
Dunia Loving
Dunia Pelik
Dunia Sukan
E-BOOK
Easy to Buy (Online Shop)
Emma Maembong
Event
Fail
gadget
game
GOOGLE ANALYTIC
Hafiz
Hairul Azreen
Hanez Suraya
Hanis Zalikha
hantu
Ingatlah
Insaflah
Internet
INTERNET BISNES
Jawatan Kosong
Kerja Kosong
Khai
Kita
kosmo
Lawak
Lawak Gambar
Lawak Pendek
Lawak Video
lirik english
lirik melayu
Lucu
macam-macam
Magazine
Makanan
Mamat
Manusia(setan)
Memasang Related Post
Menarik
Metro Arena
MH370
Mohd Mentor
motivasi
Nabila Huda
NUFFNANG
nyummy
PAID TO CLICK
Petua
Rahim R2
RAHSIA KAD PREPAID
Remy Ishak
Rosma AF
Sharifah Sakinah
Syazwan Zulkifly
Teka-Teki
Teka-Teki Gambar
teknologi
tips
tradisi
TUTORIAL
unik
video
weird
Zarema Zainal
Zizan Razak

JAIS dan PDRM Disaman Kerana Tangkap Khalwat



Seorang ejen hartanah, Hashim Said yang mendakwa menjadi mangsa kekerasan dan salah guna kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak memfailkan saman sebanyak RM1 juta terhadap kedua-dua jabatan berkenaan.

Hashim, 49, berkata salah guna kuasa tersebut dilakukan ketika dua badan penguatkuasaan tersebut menyerbu rumahnya dan menahannya kerana dituduh sedang berkhalwat.

Hashim berkata, dalam insiden yang berlaku pada 2006 itu, beliau bukan sahaja ditangkap dan ditahan lebih daripada 24 jam, tetapi pegawai Jais dan polis bertindak samseng dengan menggunakan kekasaran.

“Saya enggan membuka pintu kerana mereka mengetuk pintu rumah saya pada pukul 3 pagi tanpa membawa surat kuasa, lalu mereka menendang pintu grill rumah saya,” katanya kepada pemberita di pejabat peguamnya Tetuan Azah Azizan & Co di Kuala Lumpur hari ini.

“Saya hairan kenapa mereka memperlakukan saya begitu, saya dipukul hingga mendatangkan kecederaan kekal dan kesalahan saya cuma disyaki khalwat.”Menurut Hashim, walaupun beliau pada ketika itu bersama kawan perempuannya di dalam rumah berkenaan, mereka tidak melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang.

“Saya langsung tidak diberi peluang menjelaskan keadaan, ketika itu memang saya bersama dengan kawan perempuan saya (kini bekas isteri) dalam rumah tapi kami tidak bersekedudukan, dia dalam bilik dan saya di ruang tamu,” katanya.

Menurut Hashim, kawan perempuannya itu yang merupakan seorang mualaf cuba melarikan diri melalui tingkap tetapi berjaya ditangkap penguatkuasa Jais.

“Ketika itu saya masih enggan membuka pintu namun saya lihat kawan perempuan saya digari dan dibawa di hadapan pintu rumah, baru saya buka pintu.

“Namun apabila saya buka pintu saya ditolak hingga muka tersembam atas lantai, mereka mengari dan memukul saya, ia menyebabkan bibir saya pecah dan muka bercalar dan bengkak, kemudian saya dipukul lagi dan dipijak malah kepala saya turut dihentak dengan benda keras.

“Dalam keadaan bergari saya ditolak hingga menyebabkan kepala saya terhantuk ke bucu meja kaca.

“Tidak cukup dengan itu ketika menaiki jip, kaki saya dikat dengan getah paip,” katanya.

Menurut Hashim, beliau mempunyai laporan perubatan daripada hospital mengesahkan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Dalam laporan perubatan itu, doktor mengesahkan saya dirujuk kepada Jabatan Pembedahan Plastik, Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan kecederaan.
“Saya juga disahkan mengalami ‘Post Traumatic Disorder’ hingga menyebabkan saya tertekan dan kehilangan kerja,” katanya. 
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

About Author Buddy-On9

Apa Kejadahnya Semua Ini!!! Berita-berita terkini, panas di pasaran.

Start typing and press Enter to search