░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

10/1/14

Bank Rugi Rm30 Juta, Sistem E-Mel Digodam


KUALA LUMPUR 29 Sept. - Sebuah bank yang beroperasi di Labuan, mengalami kerugian sebanyak kira-kira AS$9 juta (RM30 juta) setelah membuat pembayaran kepada sindiket penipuan menerusi e-mel.

Timbalan Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, kejadian berlaku apabila bank tersebut menerima satu e-mel daripada pelanggannya yang merupakan sebuah syarikat minyak dan gas untuk membuat pembayaran kepada dua buah akaun syarikat berpangkalan di Hong Kong dan Kemboja.

"Disebabkan yakin e-mel tersebut daripada syarikat sebenar, bank tersebut telah membuat sebanyak tujuh transaksi kepada dua akaun syarikat itu dengan jumlah sebanyak AS$9 juta.

"Bagaimanapun setelah diperiksa kembali dengan pelanggannya itu selepas membuat pembayaran, bank tersebut dimaklumkan e-mel itu bukan daripada syarikat terbabit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Kamarudin berkata, siasatan awal mempercayai sistem e-mel bank tersebut telah digodam oleh sindiket.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang melakukan siasatan bagi mengesahkan kesahihan e-mel tersebut serta turut bekerjasama dengan Interpol bagi mengesan dua buah akaun milik syarikat di Hong Kong dan Kemboja tersebut.

"Setakat ini, suspek kita ialah pemilik dua akaun terbabit dan polis menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) bagi menyiasat kes ini," ujarnya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com