[Latest News][6]

aaa
aab
Adi Putra
Aidil Zafuan
alam
Anime
Anzalna Nasir
Article
berita
Betul Ke Bohong
Bola
canggih
cantik
Cartoon
Cerita Ghairah
CINTA
Cool
Download
Drama
Dunia Accident
Dunia aneh
Dunia Automobil
Dunia Fotografi
Dunia Gosip
Dunia Haiwan
Dunia Hot
Dunia Jenayah
Dunia Kesihatan
Dunia Loving
Dunia Pelik
Dunia Sukan
E-BOOK
Easy to Buy (Online Shop)
Emma Maembong
Event
Fail
gadget
game
GOOGLE ANALYTIC
Hafiz
Hairul Azreen
Hanez Suraya
Hanis Zalikha
hantu
Ingatlah
Insaflah
Internet
INTERNET BISNES
Jawatan Kosong
Kerja Kosong
Khai
Kita
kosmo
Lawak
Lawak Gambar
Lawak Pendek
Lawak Video
lirik english
lirik melayu
Lucu
macam-macam
Magazine
Makanan
Mamat
Manusia(setan)
Memasang Related Post
Menarik
Metro Arena
MH370
Mohd Mentor
motivasi
Nabila Huda
NUFFNANG
nyummy
PAID TO CLICK
Petua
Rahim R2
RAHSIA KAD PREPAID
Remy Ishak
Rosma AF
Sharifah Sakinah
Syazwan Zulkifly
Teka-Teki
Teka-Teki Gambar
teknologi
tips
tradisi
TUTORIAL
unik
video
weird
Zarema Zainal
Zizan Razak

Bajet 2015: Ron95 Dikecualikan GST


KUALA LUMPUR 29 Sept. - Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa langkah bagi mengurangkan kesan kenaikan kos hidup rakyat di dalam Bajet 2015 yang akan dibentangkan pada 10 Oktober nanti.

Antara beberapa langkah itu termasuklah kenaikan paras gaji minimum, pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas petrol RON95 dan diesel, serta pengumuman pemberian bonus setengah bulan kepada kakitangan awam dan bantuan kewangan khas RM250 kepada golongan pencen.

Menurut HLIB Research, kerajaan dijangka membelanjakan RM2.6 bilion untuk tujuan pemberian bonus kakitangan awam dan bantuan khas kewangan kepada golongan pencen itu.

Jelas bank penyelidikan itu, fokus Bajet 2015 adalah lebih sebagai persediaan kepada rakyat untuk menghadapi kesan kenaikan barang akibat pelaksanaan GST berkuat kuasa 1 April 2015 serta pengenalan skim subsidi petrol baharu.

Hasil pengenalan skim subsidi petrol baharu, kerajaan dijangka dapat mengurangkan perbelanjaan operasi sebanyak RM9.8 bilion, sekali gus dapat menampung perbelanjaan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta perbelanjaan lain untuk tujuan pembayaran gaji, pembekalan dan perkhidmatan,kata HLIB Research lagi.

"Kami turut menjangka beberapa kandungan di dalam bajet kali ini adalah sebahagian daripada Manifesto Barisan Nasional (BN) semasa Pilihanraya Umum Ke-13 lalu," jelas bank itu dalam nota kajiannya di sini hari ini.

Dalam pada itu juga, bagi mengawal kenaikan harga rumah, beberapa pendekatan sebelum ini yang telah diperkenalkan dijangka terus kekal. Antaranya seperti Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT), kelulusan pemberian pinjaman perumahan yang ketat serta harga rumah minimum RM1 juta kepada warga asing.

Kata HLIB Research lagi, kerajaan juga akan memperuntukkan lebih banyak tanah untuk pembangunan rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), pengenalan konsep perumahan Youth City untuk kelompok berumur bawah 40 tahun.

Mengenai kenaikan paras gaji minimum, bank itu menjangka beberapa sektor seperti pembinaan, perladangan dan hartanah akan menerima kesan besar akibat penggunaan tenaga buruh yang ramai.

"Bagaimanapun, keadaan itu tidak akan menjejaskan keuntungan syarikat-syarikat terlibat memandangkan mereka akan mengalihkan kenaikan kos itu kepada harga produk masing-masing," jelas bank itu lagi.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

About Author Buddy-On9

Apa Kejadahnya Semua Ini!!! Berita-berita terkini, panas di pasaran.

Start typing and press Enter to search