░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/17/14

Wanita Tempatan Terpikat Lelaki Afrika Kerana Bau Badan


Kuala Lumpur: Faktor wanita tempatan terpikat dengan lelaki Afrika akibat bau badan hanyalah alasan, sebaliknya mereka sudah terpikat dengan kata-kata manis yang diluahkan lelaki terbabit.
Perkara itu dinyatakan Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din yang turut menyatakan faktor bau badan lelaki Afrika adalah faktor sekunder berbanding percakapan  lelaki berkenaan yang bijak memikat wanita.

Gambar hiasan

“Sebenarnya, 80 peratus lelaki Afrika yang datang ke negara ini mempunyai niat tidak baik iaitu menipu dan atas kepentingan sendiri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, sudah menjadi budaya dalam suku kaum masyarakat lelaki Afrika memenangi hati perempuan untuk menjadi terbaik dan berjaya dalam hidup.

“Dalam budaya mereka, lelaki mesti memenangi hati perempuan dan apabila sudah menang, mereka akan mendapat segalanya,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai pengakuan seorang wanita tempatan dikenali Maria, 40-an yang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Afrika atas faktor bau badan dan hembusan nafas.

Laporan itu juga menyatakan Maria seolah-olah ketagih dengan bau badan teman lelakinya selain mengakui lelaki berkenaan berbeza dengan lelaki tempatan apabila bersifat sangat penyayang, romantik dan mengambil berat terhadap pasangan.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com