░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/12/14

Wanita Di Kurung 3 Tahun Dalam Bilik Air?


Gambar hiasan

New Delhi: Seorang wanita berusia 25 tahun dikurung dalam bilik air sejak tiga tahun lalu selain dilarang menemui anaknya kerana melahirkan anak perempuan.

Wanita itu yang ditemui dengan keadaan kuku kaki serta tangan yang terlalu panjang dan pakaian koyak tidak dapat membuka matanya apabila terkena cahaya matahari. 
Dia juga menangis teresak-esak apabila anaknya sendiri tidak mengenalinya. 

Polis merempuh masuk ‘penjara’ wanita itu di Darbhanga selepas ayahnya melaporkan kes itu, lapor International Business Times.

Jurucakap polis Seema Kumari berkata, wanita itu diseksa berulang kali sejak berkahwin pada 2010 selepas keluarga mentua tidak berpuas hati dengan wang hantarannya.

Keadaan menjadi lebih teruk selepas dia melahirkan anak perempuan sehingga akhirnya dia dikurung keluarga suami. 

“Dia terlalu sukar membuka mata bila terkena cahaya matahari kerana tinggal dalam ruang yang kecil, sempit dan gelap sejak tiga tahun lalu. 

“Mangsa berkata dia diheret masuk ke bilik air sebelum ditinggalkan di situ. 

“Dia juga dilarang menemui anaknya dan hanya diberi makan sekali-sekala, itupun sisa yang tidak habis dimakan keluarga suami. Mereka seolah-olah membalas dendam kerana hantaran dan jantina anak yang dilahirkan tidak memuaskan,” kata Seema ketika ditemui. 

Pemberian hantaran sebenarnya diharamkan di India sejak tahun 1981, namun sehingga hari ini masih ramai yang mengamalkannya. 

Sementara itu, Seema berkata mangsa juga tidak dibenarkan menemui ibu bapanya. 

“Setiap kali keluarganya datang melawatnya di Darbhanga, mereka dihalau. 

“Sebaik dibebaskan dia meminta untuk menemui anak perempuannya yang kini berusia tiga tahun. Malangnya, kanak-kanak itu langsung tidak mengenalinya menyebabkan dia menangis,” kata Seema. 

Menurut jurucakap itu, suami mangsa Prabhat Kumar Singh kini berada dalam tahanan polis. 

Ibu bapanya Dhirendra Singh dan Indra Devi juga akan disoal siasat selepas keluarga mangsa menuntut supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.- Agensi
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com