[Latest News][6]

aaa
aab
Adi Putra
Aidil Zafuan
alam
Anime
Anzalna Nasir
Article
berita
Betul Ke Bohong
Bola
canggih
cantik
Cartoon
Cerita Ghairah
CINTA
Cool
Download
Drama
Dunia Accident
Dunia aneh
Dunia Automobil
Dunia Fotografi
Dunia Gosip
Dunia Haiwan
Dunia Hot
Dunia Jenayah
Dunia Kesihatan
Dunia Loving
Dunia Pelik
Dunia Sukan
E-BOOK
Easy to Buy (Online Shop)
Emma Maembong
Event
Fail
gadget
game
GOOGLE ANALYTIC
Hafiz
Hairul Azreen
Hanez Suraya
Hanis Zalikha
hantu
Ingatlah
Insaflah
Internet
INTERNET BISNES
Jawatan Kosong
Kerja Kosong
Khai
Kita
kosmo
Lawak
Lawak Gambar
Lawak Pendek
Lawak Video
lirik english
lirik melayu
Lucu
macam-macam
Magazine
Makanan
Mamat
Manusia(setan)
Memasang Related Post
Menarik
Metro Arena
MH370
Mohd Mentor
motivasi
Nabila Huda
NUFFNANG
nyummy
PAID TO CLICK
Petua
Rahim R2
RAHSIA KAD PREPAID
Remy Ishak
Rosma AF
Sharifah Sakinah
Syazwan Zulkifly
Teka-Teki
Teka-Teki Gambar
teknologi
tips
tradisi
TUTORIAL
unik
video
weird
Zarema Zainal
Zizan Razak

Tutup Aurat, 1,500 Sarung Kaki Diagih Percuma




HADIR seorang diri bagi menyertai aktiviti sukarelawan Sarung Kaki Project (SKP) di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Selangor pada April lalu, Nordiana Mohd. Noor, 28, ternyata kekok. 
Pada awalnya, dia berasa malu kerana tiada seorang pun sukarelawan yang dikenalinya. Tujuan Nordiana yang berniqab hanya satu, dia ingin menceburkan diri dalam aktiviti sukarelawan.
Pada acara itu, Nordiana berpeluang bertemu dengan lebih 70 orang sukarelawan SKP yang terlibat mengagih-agihkan sarung kaki secara percuma kepada golongan wanita yang memakai selipar di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi Selangor.

Pertemuan dengan salah seorang sahabat dari Perak merupakan satu momen bermakna buat Nordiana yang kini menetap di Subang Jaya, Selangor.
"Dia merupakan pasangan saya sewaktu mengedarkan sarung kaki kepada orang ramai dalam acara itu. Dia mengajar saya cara terbaik untuk mendekati golongan wanita dan memberikan sarung kaki percuma di sulami kata-kata berhemah," ujarnya yang bekerja di bahagian kewangan Pos Malaysia.

Nordiana yang mengetahui aktiviti sukarelawan SKP dari laman sosial Facebook terus berminat untuk menyertai acara yang dianjurkan oleh mereka.
Kini, Nordiana merupakan antara sukarelawan SKP yang aktif menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan di sekitar Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan.
Kumpulan tersebut merupakan sebuah projek dakwah yang mengajak golongan muslimah untuk melengkapkan cara menutup aurat dengan memakai sarung kaki jika tidak memakai kasut bertutup penuh.


SUKARELAWAN mengagih-agihkan sarung kaki untuk diedarkan kepada muslimah. 


Projek dakwah
Cara kumpulan ini menyebarkan dakwah ialah dengan mengedarkan sarung kaki secara percuma dalam setiap acara yang dijalankan.
SKP berpegang pada satu objektif iaitu memberi kesedaran kepada golongan wanita Islam bahawa kaki merupakan sebahagian daripada aurat yang wajib ditutup.

Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud iaitu Wahai Asma', sesungguhnya seseorang wanita itu apabila telah baligh (haid), maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini. Rasulullah SAW sertakan lafaznya 'ini dan ini' dengan mengisyaratkan wajah dan kedua-dua tapak tangan.

Sukarelawan yang mula ditubuhkan pada bulan September tahun lalu diketuai oleh Nor Aliaa Sedek Shah, 25, kini mempunyai 100 orang ahli yang aktif menyertai setiap acara yang dianjurkan.

Nor Aliaa atau lebih dikenali dengan panggilan Awliya Afruz memberitahu, dia memulakan aktiviti SKP pada awalnya hanya untuk mengisi masa lapang dengan berdakwah pada hujung minggu.

Berasal dari Ipoh, Perak kemudian berhijrah ke ibu negara kerana tuntutan kerja awal tahun lalu, Nor Aliaa sering menghadiri majlis-majlis ilmu yang dianjurkan di sekitar Kuala Lumpur. 

Melalui majlis ilmu itu, dia bertemu dengan rakan-rakan lain yang berkongsi minat sama untuk menjalankan aktiviti sukarelawan.

"Pada pemerhatian saya, situasi wanita Islam di Malaysia berada dalam keadaan tenat terutama dari aspek aurat. Usaha dakwah perlu dimulakan dengan perkara kecil yang tidak diambil kisah. Sehubungan itu, saya memilih sarung kaki sebagai subjek utama.

"Pemberian sarung kaki ini juga merupakan salah satu cara terbaik untuk memberi kekuatan kepada muslimah untuk berhijrah. Lebih sempurna aspek pemakaian wanita itu sekiranya mereka memakai sarung kaki," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Pada peringkat awal, Nor Aliaa mula berdakwah kepada rakan-rakan terdekat yang menyertai majlis ilmu bersamanya dan mereka mula memahami mesej yang disampaikan. 


SUKARELAWAN mengedarkan sarung kaki sambil menjelaskan tentang perlunya menutup aurat dengan sempurna. 

Kumpul dana
Usaha dakwah Nor Aliaa tidak boleh dipandang enteng. Melalui akaun Facebook SKP, mereka dapat mengumpulkan dana untuk membeli sarung kaki untuk tujuan dakwah. 

Selain itu, ramai individu yang tampil untuk menyumbangkan sarung kaki kepada SKP untuk diagihkan. Syarikat penerbitan, Telaga Biru Sdn. Bhd. juga merupakan antara organisasi yang menaja buku dan majalah untuk diagihkan secara percuma kepada orang ramai dalam acara dakwah yang dianjurkan.

SKP mengetengahkan dua slogan utama iaitu Dakwah Ini Baru Bermula dan Kerana Kakimu Juga Aurat. Setiap kali sukarelawan SKP turun dalam setiap acara dakwah, mereka akan membawa kira-kira 1,500 sarung kaki dan stoking untuk diagihkan.

Sukarelawan wanita itu akan dibahagikan secara berpasangan dan berlegar-legar di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.
Cerita Nor Aliaa, ada ibu bapa yang terkejut dengan cara dakwah kami dengan hanya memberi sepasang sarung kaki.

"Kebanyakan yang mula sedar isu aurat ini ialah golongan ibu bapa. Banyak peristiwa ibu bapa terus menyuruh anak-anak perempuan mereka memakai sarung kaki yang kami agihkan. Ia merupakan reaksi spontan ibu bapa apabila mendengar penerangan para sukarelawan.

"Dalam kebanyakan acara yang dianjurkan, kami berjaya menghabiskan agihan 1,500 sarung kaki. Namun, ketika di Terminal One, Seremban, Negeri Sembilan tidak banyak yang memberi respons positif terhadap usaha kami malah ada yang tidak mahu langsung mendengar penerangan apatah lagi mengambil sarung kaki," ujar graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia Gunaan, Universiti Malaysia Pahang itu.

Menyokong
SKP juga tidak prejudis sewaktu menjalankan program dakwah. Mereka akan memberi sarung kaki kepada setiap wanita tidak kira individu yang sempurna menutup auratnya atau berpakaian tidak mengikut syariat Islam.

Kebanyakan sukarelawan yang terlibat dalam setiap program dakwah SKP terdiri daripada golongan profesional dan pelajar institusi pengajian tinggi.

Nor Aliaa juga akan mendaftarkan SKP sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha untuk menyebarkan dakwah jalanan secara serius pada masa akan datang.
Laman Facebook SKP merupakan platform terbaik Nor Aliaa untuk mempromosi dan mengumpul sukarelawan dalam setiap acara yang dijalankan.

Seorang lagi sukarelawan yang mula menyertai program pertama SKP di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Maizatul Amira Umar, 28, berkongsi pengalaman, SKP merupakan satu platform terbaik untuknya mempromosikan pemakaian sempurna kepada wanita Islam.

Jelas jururawat di salah sebuah hospital swasta di ibu negara itu, sukarelawan yang terlibat dalam acara SKP juga akan diberi borang penilaian selepas program tersebut.
"SKP terbuka kepada seluruh wanita di negara ini. Kami tidak mengenali kesemua sukarelawan yang terlibat. 

Borang penilaian merupakan kaedah terbaik untuk kami meningkatkan acara yang bakal dijalankan pada masa akan datang," ujarnya yang merupakan antara sukarelawan tetap SKP.

Melalui program dakwah yang dijalankan, ia mampu membina semangat wanita muslim untuk berubah ke arah pemakaian menutup aurat yang sempurna. 

Sementara itu, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ameera Nadia Azmi, 34, memberitahu dia menyedari bahawa kaki adalah aurat yang wajib ditutup selepas seorang penceramah menegur para muslimah dalam satu majlis ilmu.

Selama ini, kata eksekutif syarikat swasta itu beliau hanya menutup aurat tanpa memakai sarung kaki.

"Rasa malu pada diri. Rupa-rupanya banyak yang kita tidak tahu tentang aurat. 

"Alhamdulillah, teguran secara terbuka itu memberi kesan yang mendalam kepada saya. Sejak itu saya berusaha memakai stoking jika keluar rumah," katanya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

About Author Buddy-On9

Apa Kejadahnya Semua Ini!!! Berita-berita terkini, panas di pasaran.

Start typing and press Enter to search