░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/28/14

Tikaman Cemburu, Tentera Di Tahan


Baling: Penemuan mayat wanita berusia 53 tahun dengan kesan cedera di belakang leher dipercayai dipukul menggunakan senjata tajam di Hentian Rehat Gunung Inas, di sini, pada Ahad lalu, membawa kepada penahanan seorang anggota tentera, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling Deputi Superintendan Wari Kiew berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di  kem tentera di Gerik, Perak  jam 4 petang manakala  Perodua Kenari  dirampas untuk siasatan.

Menurutnya, polis  merampas pakaian mangsa yang mempunyai kesan dibakar selain  mengesan senjata tajam dipercayai digunakan untk  membunuh mangsa.


“Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa dipercayai dibunuh berdasarkan penemuan kesan tikaman di belakang leher  menggunakan objek tajam, malah pihak polis percaya kes itu bermotifkan cemburu, namun siasatan lanjut  dijalankan.

“Suspek  kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Md Nadzir Osman atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Baling di talian 04-4708222.


______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com