░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/22/14

Tandas Tiada Pintu Yang Meresahkan


Keadaan tandas awam di sebuah stesen bas yang tidak mempunyai pintu meresahkan pengguna.


BATU GAJAH – Keadaan tandas awam di sebuah stesen bas di sini, yang kotor dan tidak diselenggara dengan baik menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengguna.

Pengguna, Anthony R Vijaya, 49, berkata, masalah kebersihan dan kerosakan tandas awam di stesen berkenaan bukan perkara baru kerana telah berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, keadaan itu amat memalukan kerana stesen berkenaan merupakan tempat awam.

“Tandas lelaki di hentian bas tersebut bukan sahaja kotor malah rosak kerana setengah pam sudah tidak berfungsi dengan baik selain tidak mempunyai pintu.

“Selain itu, tangki air bocor hingga mengakibatkan air melimpah dari atas bumbung,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Anthony berkata, keadaan tandas awam di medan selera sebuah plaza di sini, turut kotor selain lampu di premis itu tidak berfungsi.

Jelasnya, pasti pelanggan yang menjamu selera di situ berasa kecewa dengan keadaan tandas di premis berkenaan.

“Orang luar yang datang ke plaza itu pasti memberi pandangan negatif terhadap keadaan tandas berkenaan.
“Jadi, saya minta pihak berkenaan menyelenggara tandas tersebut secara konsisten bagi menjamin kebersihannya,” katanya
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com