[Latest News][6]

aaa
aab
Adi Putra
Aidil Zafuan
alam
Anime
Anzalna Nasir
Article
berita
Betul Ke Bohong
Bola
canggih
cantik
Cartoon
Cerita Ghairah
CINTA
Cool
Download
Drama
Dunia Accident
Dunia aneh
Dunia Automobil
Dunia Fotografi
Dunia Gosip
Dunia Haiwan
Dunia Hot
Dunia Jenayah
Dunia Kesihatan
Dunia Loving
Dunia Pelik
Dunia Sukan
E-BOOK
Easy to Buy (Online Shop)
Emma Maembong
Event
Fail
gadget
game
GOOGLE ANALYTIC
Hafiz
Hairul Azreen
Hanez Suraya
Hanis Zalikha
hantu
Ingatlah
Insaflah
Internet
INTERNET BISNES
Jawatan Kosong
Kerja Kosong
Khai
Kita
kosmo
Lawak
Lawak Gambar
Lawak Pendek
Lawak Video
lirik english
lirik melayu
Lucu
macam-macam
Magazine
Makanan
Mamat
Manusia(setan)
Memasang Related Post
Menarik
Metro Arena
MH370
Mohd Mentor
motivasi
Nabila Huda
NUFFNANG
nyummy
PAID TO CLICK
Petua
Rahim R2
RAHSIA KAD PREPAID
Remy Ishak
Rosma AF
Sharifah Sakinah
Syazwan Zulkifly
Teka-Teki
Teka-Teki Gambar
teknologi
tips
tradisi
TUTORIAL
unik
video
weird
Zarema Zainal
Zizan Razak

Siswi Uitm Tak Rasa Apa Ditikam Bertubi-Tubi !



ALOR GAJAH 10 Sept. - Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu parah ditikam semasa bergelut dengan seorang penjenayah yang memecah masuk rumah sewanya di Apartment Dimensi, di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Siti Irina Ridzwan, 20, mengalami kecederaan serius akibat ditikam sebanyak lima kali di bahagian dada selain satu tikaman di tangan menggunakan senjata tajam dipercayai pisau.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Abd. Rahman Jid berkata, mangsa yang sedang tidur ketika itu terkejut apabila melihat kelibat seorang lelaki memasuki biliknya yang tidak berkunci.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak menekan badan mangsa dan mengarahkan supaya tidak menjerit sebelum menikamnya kerana cuba melawan.


"Mangsa pada mulanya tidak sedar dia ditikam kerana menyangka hanya ditumbuk oleh lelaki berkenaan namun mula menjerit meminta tolong selepas melihat banyak darah keluar dari dadanya.

"Rakan serumah mangsa hanya menyedari kejadian itu selepas mendengar jeritan mangsa dan pada waktu itu suspek telah melarikan diri," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, di sini hari ini.

Abd. Rahman berkata, siasatan awal mendapati suspek tinggal di blok yang sama dengan mangsa dan dipercayai memecah masuk rumah mangsa melalui pintu rumah sewanya yang tidak berkunci.

Sehubungan itu ujarnya, polis telah melancarkan serbuan di sebuah rumah dipercayai tempat penginapan suspek dan menahan dua lelaki berusia 16 dan 20 tahun untuk membantu siasatan selain menemui barangan milik mangsa di rumah berkenaan.

"Pemeriksaan di rumah suspek berjaya menjumpai dua kunci kereta dan tiga beg duit milik mangsa serta rakan serumahnya selain menemui kerambit dan dua bilah parang," katanya.

Tambah Abd. Rahman lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan hingga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Sementara itu, mangsa yang merupakan penuntut semester lima Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media universiti berkenaan kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Melaka.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

About Author Buddy-On9

Apa Kejadahnya Semua Ini!!! Berita-berita terkini, panas di pasaran.

Start typing and press Enter to search