░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/7/14

Serang Kekasih Kerana Putus Cinta


Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU- Seorang lelaki nekad menyerang bekas teman wanitanya dipercayai bagi melepaskan geram gara-gara tidak dapat menerima kenyataan cinta mereka putus di tengah jalan, dalam satu kejadian di Dungun, Ahad lalu.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika mangsa yang berusia 21 tahun berada di rumah sewanya di Kampung Batu Tujuh, Dungun.

“Semasa sedang berehat, mangsa dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki yang mana salah seorang daripadanya merupakan bekas teman lelakinya yang dikenal dengan panggilan ‘Long’.

“Suspek yang berusia 24 tahun telah bertindak memaksa mangsa keluar dari rumah berkenaan dengan mengetuk pintu rumah beberapa kali sambil memegang sesuatu di tangannya yang dipercayai senjata berbahaya,” katanya.

Jelas sumber, bagaimanapun mangsa hanya mendiamkan diri di dalam rumah dengan tidak membuka pintu walaupun menyedari tindakannya itu bakal membakar lagi kemarahan suspek.

Katanya, mungkin sudah jemu menunggu di luar rumah, suspek mengambil keputusan untuk keluar dari kawasan rumah sewa berkenaan beberapa minit kemudian.

Walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan, namun mangsa nekad membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga pada masa akan datang.

Ini sebab, bekas teman lelakinya itu pernah mengugut untuk membunuh keluarga mangsa di kampung selepas bengang cinta mereka putus di tengah jalan serta dalam masa sama, suspek memang terkenal dengan sikap panas baran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan menjelaskan kes kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com