░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/3/14

Sarjan Di Temui Mati Terjerut

Kuala Lumpur: Seorang anggota tentera berpangkat sarjan ditemui mati dalam keadaan lehernya dijerut dengan tali di sebuah rumah kosong di Jalan Semarak di sini.

Dalam kejadian jam 8 pagi semalam, mayat mangsa ditemui anggota tentera yang sedang melakukan rondaan di sebuah kuarters perumahan di Kem Kementah, di sini.

Mangsa yang berusia 32 tahun ditemui mati dalam keadaan lengkap berpakaian seragam tentera.

Saksi kejadian yang bertugas di cawangan penyelenggaraan kemudian segera membuat laporan polis sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Nor Azman Muhammad Yusof berkata, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Mangsa sudah dihantar ke HKL untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga,” katanya.

Sebelum ini, seorang anggota tentera ditemui mati di dalam lokap kem itu tahun lalu dipercayai membunuh diri.

 Anggota berusia 24 tahun itu dikatakan sedang menjalani hukuman tatatertib akibat gagal hadir ke tempat kerja.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com