░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/16/14

Sanggup Mandikan Sahabat Karib Setiap Hari


Zainuri menjalankan rutin hariannya pada setiap hari dengan menguruskan Mohamed sebelum memulakan perniagaannya.



SANGGUP berkorban demi seorang rakan karib. Begitulah yang dapat digambarkan sifat murni seorang peniaga air tebu di sekitar Taman Samudera, Batu Caves, Zainuri Yit, 59, yang tidak pernah lepas tangan menjaga sahabat baiknya, Mohamed Jusoh, 72, sejak empat tahun lalu.

Walaupun mempunyai keluarga sendiri dan memperolehi pendapatan tidak seberapa, itu bukan alasan Zainuri untuk membiarkan nasib Mohamed yang tidak boleh berjalan sejak dua jari kaki kirinya dipotong selepas mengalami kecederaan kerana tersepak lesung batu sebelum ini.

“Sejak jari kaki dia kena potong, saya sedih sangat sebab dia dah tak boleh jalan macam biasa. Dulu kami memang rapat, ke mana-mana pun bersama," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah mengusik hatinya, isteri dan anak Mohamed mengalami masalah mental sehingga kehidupan seharian sahabatnya itu tidak dapat diuruskan dengan baik.

"Sebab tu dengan rela hari saya ambil tanggungjawab menjaga Mohamed meskipun dah ada keluarga sendiri dan perniagaan yang perlu diuruskan," katanya.

Menurut Zainuri, dia akan datang ke rumah Mohamed setiap pagi sambil membawa sarapan untuknya.

“Lepas habis kerja petang, saya datang lagi untuk mandikan Mohamed dan pastikan dia terurus," tambahnya.

Bagi Zainuri, dia langsung tidak berasa terbeban dengan keadaan Mohamed walaupun dirinya hanya peniaga tebu kecil-kecilan.

"Alhamdulillah dengan pendapatan yang diperolehi ini, walaupun tak banyak saya masih mampu tanggung belanja perubatan Mohamed di farmasi setiap minggu.

"Rezeki saya juga cukup untuk keluarga kami. Saya bersyukur ke hadrat Allah," katanya yang telah menjalankan perniagaan tersebut selama hampir 30 tahun.

Dalam pada itu, Mohamed turut memberitahu Sinar Harian, dia bersyukur mempunyai sahabat baik seperti Zainuri yang sentiasa mengambil berat keadaan dirinya.

“Walaupun dah tak ada siapa nak jaga , tapi dia tetap datang setiap hari untuk bawa makanan serta mandikan saya.

“Segala budi dan jasa yang dia dah buat untuk saya memang tak dapat dilupakan sampai bila-bila,” katanya dengan nada terharu.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com