░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/28/14

Rompak Depan Tadika


Subang Jaya: Sekumpulan ibu bapa yang sedang menunggu anak masing-masing di pekarangan pintu pagar sebuah tadika di USJ 4, di sini, berdepan saat cemas apabila diacukan parang oleh dua perompak.

Dalam kejadian jam 11 pagi kelmarin, penjenayah yang muncul menaiki kereta Toyota Vios merompak dua mangsa yang tidak sempat melarikan diri.
Mangsa, Pohying Cheah, 45, berkata, kejadian berlaku secara mendadak dan mereka tidak menyangka penjenayah berani melakukan rompakan di hadapan tadika.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia sedang berbual dengan beberapa ahli keluarga kanak-kanak yang belajar di tadika itu.

“Tiba-tiba muncul sebuah kereta Toyota Vios sebelum dua lelaki yang menaiki kenderaan itu menyerbu kami bersenjatakan parang.
“Saya sangkakan mereka ingin mengambil anak di tadika itu, namun tidak sangka mereka perompak,” katanya.
ANGGOTA polis melakukan pemantauan di sekitar kawasan tadika yang jadi sasaran perompak, kelmarin.

Pohying berkata, dia bersama beberapa ibu bapa pelajar lain tergamam sejurus melihat penjenayah yang memakai topi keledar itu mengacukan senjata.

“Mereka mengarahkan kami menyerahkan barang berharga antaranya beg tangan, telefon bimbit dan kunci kereta.

“Bagaimanapun beberapa mangsa lain sempat mencampakkan kunci kenderaan milik masing-masing ke dalam kawasan tadika yang berkunci itu,” katanya.

Dia bagaimanapun tidak sempat melakukan tindakan sama apabila kunci kereta miliknya dan seorang lagi mangsa dirampas penjenayah.   “Bagaimanapun penjenayah hanya melarikan kenderaan Toyota Avanza milik salah seorang mangsa manakala kereta saya tidak diusik.

“Kejadian rompakan siang hari ini menakutkan, apatah lagi ia berlaku di kawasan perumahan,” katanya.

Ketua Polis Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com