░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/10/14

Rokok Murah Bawah Padah

Butterworth: Kenaikan harga rokok bukan alasan kepada perokok tegar  beralih kepada rokok tidak sah sebagai alternatif kerana kajian mendapati kandungan tar dan nikotin dalam sebatang rokok tidak sah empat kali ganda daripada rokok sah.

Ini boleh menyebabkan perokok mengalami kadar ketagihan lebih tinggi dan menyukarkan mereka  menghentikan tabiat merokok.

Bagi menangani masalah ini, penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melalui Ops Outlet yang dilancarkan Mac lalu kini  giat menjalankan serbuan di semua  premis yang disyaki menjual rokok tidak sah di seluruh negara.

Malah, penguat kuasa turut menjalankan serbuan sama di premis yang sebelum ini pernah diserbu kerana menjual rokok tidak sah.

Dalam serbuan terbaru di Butterworth, Pulau Pinang; Masjid Tanah, Melaka dan Kuantan, Pahang semalam, dua peniaga ditahan kerana didapati menjual rokok tidak sah di premis mereka iaitu masing-masing di Bukit Mertajam dan Masjid Tanah. Namun, tiada tangkapan dibuat dalam serbuan di Kuantan.

Di sebuah pasar mini di Taman Bandar Baru Masjid Tanah Utama, Masjid Tanah, penguat kuasa JKDM menemui 10 karton rokok tidak sah jenama John yang di sembunyikan dalam premis berkenaan.    

Dalam serbuan sama di sebuah kedai buku di Jalan Besar Bagan Ajam, Butterworth, JKDM menahan pemilik premis berkenaan berusia 40-an selepas pemeriksaan menemui  puluhan karton rokok tidak sah membabitkan pelbagai jenama disembunyikan di sebalik surat khabar dan di bawah rak pameran jualan barangan di premisnya.

PENGUAT kuasa Kastam membuat pemeriksaan rokok tidak sah ketika Ops Outlet di Jalan Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang.

Peniaga terbabit  didakwa  mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan jika kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang dan tidak lebih daripada 20 kali barang atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. mengikut Akta Kastam 1967.
Sejak Ops Outlet dilancarkan, JKDM melakukan pemeriksaan terhadap 4,317 premis dan daripada  jumlah itu 1,444 didapati menjual rokok tidak sah.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com