[Latest News][6]

aaa
aab
Adi Putra
Aidil Zafuan
alam
Anime
Anzalna Nasir
Article
berita
Betul Ke Bohong
Bola
canggih
cantik
Cartoon
Cerita Ghairah
CINTA
Cool
Download
Drama
Dunia Accident
Dunia aneh
Dunia Automobil
Dunia Fotografi
Dunia Gosip
Dunia Haiwan
Dunia Hot
Dunia Jenayah
Dunia Kesihatan
Dunia Loving
Dunia Pelik
Dunia Sukan
E-BOOK
Easy to Buy (Online Shop)
Emma Maembong
Event
Fail
gadget
game
GOOGLE ANALYTIC
Hafiz
Hairul Azreen
Hanez Suraya
Hanis Zalikha
hantu
Ingatlah
Insaflah
Internet
INTERNET BISNES
Jawatan Kosong
Kerja Kosong
Khai
Kita
kosmo
Lawak
Lawak Gambar
Lawak Pendek
Lawak Video
lirik english
lirik melayu
Lucu
macam-macam
Magazine
Makanan
Mamat
Manusia(setan)
Memasang Related Post
Menarik
Metro Arena
MH370
Mohd Mentor
motivasi
Nabila Huda
NUFFNANG
nyummy
PAID TO CLICK
Petua
Rahim R2
RAHSIA KAD PREPAID
Remy Ishak
Rosma AF
Sharifah Sakinah
Syazwan Zulkifly
Teka-Teki
Teka-Teki Gambar
teknologi
tips
tradisi
TUTORIAL
unik
video
weird
Zarema Zainal
Zizan Razak

Remaja Dirogol Bomoh Dua Kali Ketika Rawatan


Gambar hiasan

KAMPAR - Seorang remaja berusia 19 tahun dirogol dua kali dalam keadaan separa sedar ketika mengikuti tiga rakannya mendapatkan rawatan tradisional daripada dua bomoh di sebuah sungai di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa dan rakannya yang berasal dari Kota Damansara mengunjungi sebuah pondok yang terletak di dalam sebuah dusun dengan menaiki kereta milik pengamal tradisional tersebut kira-kira jam 1 pagi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, sebaik tiba di pondok tersebut yang terletak jauh dari kawasan penduduk, mangsa diajak berbual oleh seorang daripada bomoh terbabit yang berusia 42 tahun sambil bersiar-siar di sekitar kampung.

“Suspek memberitahu mangsa perlu menjalani mandian bunga di sungai terbabit bagi membuang ‘benda’ yang terdapat dalam badannya secara batin. Pemerkosaan berlaku ketika mangsa dalam keadaan separa sedar selepas dipercayai dipukau.

“Mangsa kemudiannya diperkosa kali kedua dengan alasan perlu menjalani proses itu sekali lagi menggunakan mandian air kelapa kira-kira jam 3 petang,” katanya di sini, semalam.

Koong Soon berkata, mangsa dan rakannya kemudiannya dibawa sehingga ke Kuala Kangsar kononnya untuk membuang ‘benda’ yang dikeluarkan daripada mangsa ke Sungai Perak.

“Mereka kemudiannya dibawa bersiar-siar sehingga ke Beruas sebelum dihantar pulang ke Kota Damansara di mana mangsa segera membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, keterangan mangsa  dan  rakannya diambil dan suspek berjaya ditahan di Rembau, Negeri Sembilan untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

About Author Buddy-On9

Apa Kejadahnya Semua Ini!!! Berita-berita terkini, panas di pasaran.

Start typing and press Enter to search