░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/17/14

Porsche Baru Beli Kemalangan

Shenyang: Sebuah Porsche baru berharga RM263,000 kemalangan selepas pemandunya merempuh beberapa kereta lain tidak lama selepas meninggalkan kedai tempat dia membeli kereta itu.
Kejadian berlaku apabila pemandu itu, Ping Ch’ang, 27, membelok keluar dari garaj kedai berkenaan untuk pulang.  Dia tertekan pedal minyak dan merempuh deretan  kereta di lampu isyarat.

“Dia cuba menukar lorong tanpa memberi isyarat dan tertekan pedal minyak  menyebabkan keretanya meluncur laju dan melanggar kereta di depan,” kata seorang saksi.

Jurujual Porsche, Qiang Chiu berkata: “Kami masih melambai ke arahnya apabila dia menekan minyak dan melanggar kereta lain.  “Kami meluru ke tempat kejadian.  Pemandunya selamat, tetapi keretanya teruk.  Kami sudah mengingatkan dia kereta itu memang laju.” Ping mungkin perlu  berbelanja RM300,000 lagi untuk kereta Porsche Boxster putih itu dan empat kereta lain yang dilanggarnya.

Jurucakap polis berkata, wanita itu perlu bertanggungjawab terhadap kemalangan itu memandangkan kereta lain semua berhenti ketika kejadian. 

KERETA Porsche Boxster yang baru dibeli Ping rosak teruk akibat kemalangan. 
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com