[Latest News][6]

aaa
aab
Adi Putra
Aidil Zafuan
alam
Anime
Anzalna Nasir
Article
berita
Betul Ke Bohong
Bola
canggih
cantik
Cartoon
Cerita Ghairah
CINTA
Cool
Download
Drama
Dunia Accident
Dunia aneh
Dunia Automobil
Dunia Fotografi
Dunia Gosip
Dunia Haiwan
Dunia Hot
Dunia Jenayah
Dunia Kesihatan
Dunia Loving
Dunia Pelik
Dunia Sukan
E-BOOK
Easy to Buy (Online Shop)
Emma Maembong
Event
Fail
gadget
game
GOOGLE ANALYTIC
Hafiz
Hairul Azreen
Hanez Suraya
Hanis Zalikha
hantu
Ingatlah
Insaflah
Internet
INTERNET BISNES
Jawatan Kosong
Kerja Kosong
Khai
Kita
kosmo
Lawak
Lawak Gambar
Lawak Pendek
Lawak Video
lirik english
lirik melayu
Lucu
macam-macam
Magazine
Makanan
Mamat
Manusia(setan)
Memasang Related Post
Menarik
Metro Arena
MH370
Mohd Mentor
motivasi
Nabila Huda
NUFFNANG
nyummy
PAID TO CLICK
Petua
Rahim R2
RAHSIA KAD PREPAID
Remy Ishak
Rosma AF
Sharifah Sakinah
Syazwan Zulkifly
Teka-Teki
Teka-Teki Gambar
teknologi
tips
tradisi
TUTORIAL
unik
video
weird
Zarema Zainal
Zizan Razak

Penagih Cuba Lompat Katak Diberkas?





SUNGAI UDANG -  Padah cuba mengelak daripada dicekup penguatkuasa, seorang penagih dadah patah kaki selepas terjatuh dari bumbung rumah jirannya di Taman Peruna, di sini, semalam.

Difahamkan lelaki berusia 29 tahun itu melarikan diri melalui bumbung rumah adiknya sebelum melompat di atas bumbung beberapa rumah lalu terjatuh dalam kejadian pada jam 1.50 pagi.

Pengarahnya, Wan Zakaria Wan Awang berkata, lelaki yang mendakwa berasal dari Kelantan itu kemudian ditahan kerana disyaki tidak memiliki kad pengenalan ketika serbuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Ketika serbuan dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Melaka (JIM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka, lelaki yang gagal menunjukkan kad pengenalan itu mendakwa kehilangan kad tersebut sejak sebulan lalu.

“Siasatan terhadap status kewarganegaraan melalui pengkalan data JPN mendapati dia merupakan rakyat tempatan namun kita ditahan untuk tindakan lanjut AADK selepas hasil ujian saringan mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine,” katanya selepas operasi tersebut, di sini, semalam.

Wan Zakaria berkata, lelaki itu antara 13 lagi warganegara asing yang ditahan di taman perumahan sama atas pelbagai kesalahan dokumentasi dalam operasi melibatkan 85 anggota penguatkuasa JPN, JIM dan AADK selama empat jam bermula 12 tengah malam kelmarin.

“Seorang wanita Indonesia dan tiga lelaki Filipina berusia lingkungan 30-an disyaki memiliki kad pengenalan palsu dan disiasat di bawah  Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara Malaysia 1990 (Pindaan 2007).

“Lapan lagi iaitu satu lelaki dan dua wanita Thailand, satu wanita dan dua lelaki Indonesia serta masing-masing satu lelaki Bangladesh dan Filipina berusia antara 25 hingga 35 tahun ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Menurutnya, JPN turut merampas empat kad pengenalan yang didapati dalam simpanan empat warga asing kerana disyaki telah disenarai hitam dan mempunyai kes dalam siasatan pihak JPN.

“Serbuan dilakukan selepas risikan selama dua bulan dijalankan anggota penguatkuasa JPN hasil aduan penduduk yang meragui status kewarganegaraan beberapa penghuni taman ini,” katanya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

About Author Buddy-On9

Apa Kejadahnya Semua Ini!!! Berita-berita terkini, panas di pasaran.

Start typing and press Enter to search