░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/23/14

Pahang Ada Dinasor !



FOSIL gigi ini yang ditemui di sebuah kawasan hutan antara  Kuala Semantan dan Temerloh, Pahang mempunyai ukuran 23 milimeter panjang dan 10  milimeter lebar. 
PENEMUAN fosil gigi dinosaur Spinosaurid Therapod di sebuah kawasan hutan di  Pahang membuktikan bahawa ia lebih besar daripada spesies Tyrannosaurus Rex  (T-Rex).

Fosil yang ditemui sekumpulan penyelidik daripada Jabatan Geologi, Universiti  Malaya (UM) dan ditanda sebagai Sampel UM10575 pada Februari lalu itu turut  dipercayai gigi anak dinosaur pemakan ikan yang belum mencapai usia dewasa.

Gigi yang ditemui di sebuah kawasan hutan antara Kuala Semantan dan Temerloh  itu mempunyai ukuran 23 milimeter panjang dan 10 milimeter lebar.

Difahamkan, penemuan fosil itu merupakan yang pertama di negara ini dan  dilakukan secara usaha sama antara Jabatan Geologi UM dengan Universiti Waseda  dan Universiti Kumamoto sejak September 2012.

Mengulas mengenai penemuan tersebut, ahli paleontologi Institut Geologi  Malaysia, Ahmad Rosli Othman berkata, kawasan banjaran gunung di Pahang termasuk  Gunung Tahan, Gunung Berantai dan Endau Rompin berkemungkinan besar mempunyai  lebih banyak fosil dinosaur.

"Usaha menjejak fosil dinosaur agak sukar kerana kawasan ini terdiri daripada  hutan tebal bergunung-ganang dan sebahagian pula kawasan yang dilindungi," kata  beliau.

Ahmad Rosli menambah, penemuan tersebut juga menjadi titik mula kepada ahli  paleontologi untuk mencari lebih banyak fosil yang mungkin tertanam oleh lapisan  sedimen di dalam batuan di negeri itu sejak berjuta tahun lalu.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang,  Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, kerajaan negeri bersedia menjadikan  kawasan penemuan fosil tersebut sebagai destinasi pelancong.

Bagaimanapun, Mohd. Sharkar menambah, cadangan itu hanya boleh dilaksanakan  selepas semua kajian mengenai fosil di lokasi tersebut selesai.

Menurut beliau, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob juga akan mengumumkan  lokasi sebenar penemuan fosil itu secara rasmi selepas semua kajian berkaitan  selesai.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com