░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/5/14

MH17 - Tentera Sayu Ketika Usung Keranda Kanak-Kanak



SEPANG: Sarjan Nazri Mod Saad memasang niat mahu memeluk tiga anaknya, sebaik saja pulang ke rumah hari ini dan bertekad mahu meluangkan lebih banyak masa dengan keluarganya.

Perasaan untuk berjumpa anaknya - Khairul Ikhwan, lapan: Khairul Ikmal, enam dan Nur Ellisha Amani, dua bulan semakin kuat apabila Nazri, 33, mengusung keranda kecil Kaelamayajay Goes, 21 bulan, pada istiadat penghormatan jenazah pesawat MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, hari ini.

"Saya teringatkan anak-anak, khususnya yang bongsu (Nur Ellisha Amani) kerana jenazah yang diusung juga kanak-kanak perempuan. Tambahan pula, saya dan isteri Shahrul Azwa Abd Hamid memang menantikan kelahiran anak perempuan selepas mempunyai dua 'hero'," katanya kepada BERNAMA selepas istiadat itu.

Nazri yang menyertai Angkatan Tentera Malaysia sejak 16 tahun lalu berkata, perasan sedih mula dirasai sejak dimaklumkan akan bertugas membawa keranda Kaelamayajay, menyebabkan beliau memilih untuk menatap muka anaknya sebelum keluar bekerja pagi ini.

"Saya jangka tidak akan sedih sangat sebab dah tahu (akan usung keranda kanak-kanak). Tapi bila dalam keadaan sebenar, memang tak boleh nak tahan sedih. Itu anak orang, saya tak boleh bayangkan bagaimana perasaan seorang bapa, jika perlu mengusung jenazah anak sendiri," katanya.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana Kaelamayajay dapat 'terus bersama ibu bapanya' Paul Goes dan Subashni J Retnam yang turut tiba di kompleks itu pagi ini dengan menaiki pesawat komersial MH19 dari Amsterdam.

"Mereka dapat bersemadi sebagai satu keluarga," katanya serta mendoakan supaya usaha mencari baki rakyat Malaysia yang masih belum ditemui akan berjaya.

Bagi Sarjan Paul Anak Christopher, 31, beliau sebak apabila ditugaskan mengusung keranda cilik yang diliputi Jalur Gemilang, ketika kali pertama menyertai istiadat penghormatan itu.

Sebagai bapa kepada dua anak lelaki iaitu Daniel Dickson, tujuh dan Dani Dickson, tiga, Paul berasa sebak apabila mengenangkan nasib kanak-kanak itu.

"Kita mudah ambil ringan dengan apa yang Tuhan berikan dan apabila berlaku kejadian seperti ini, baharu kita sedar betapa ia bernilai. Saya berdoa supaya saya dapat membesarkan anak dengan baik," katanya.

Kaelamayajay antara 298 penumpang pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak di Wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com