░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/5/14

MH17 Rakan Sambut Ulang Tahun Kelahiran Wan Amran Penuh Duka



SHAH ALAM : "Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran Allahyarham ke-50, kami sambut dengan penuh rasa sedih," kata Ahmad Badli Khan, 50, rakan juruterbang penerbangan MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin.

Ahmad adalah seorang daripada lebih 50 rakan yang juga alumni Maktab Rendah Sains Mara (MARA) Kulim, Kedah yang hadir pada majlis pengebumian Allahyarham Wan Amran di Tanah Perkuburan Seksyen 21, tengah hari tadi.

Beliau menyifatkan kehilangan Wan Amran amat dirasai kerana Allahyarham adalah seorang rakan yang baik dan peramah.

"Dia seorang yang ikhlas dalam semua aspek, termasuk senyuman dan juga insan dermawan... suka menderma.

"Sepatutnya kami menyambut ulang tahun kelahirannya yang jatuh hari ini seperti mana kami sambut setiap ulang tahun kawan-kawan sebelum ini, tapi ia berakhir seperti ini (pengebumian Allahyarham).

Sebagai penghormatan, beliau bersama rakan alumni yang lain akan mengadakan majlis tahlil kepada Allahyarham, selain akan mengunjungi keluarganya.

Bagi rakan baik Allahyarham, Kapten Ahmad Fariq Osman, 49 ketika ditemui berkata, pemergian Allahyarham satu kehilangan besar bukan saja kepada rakan, malah syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Beliau menyifatkan Allahyarham seorang yang jujur dan komited dalam tugasnya sebagai juruterbang serta mempunyai pengalaman luas dalam dunia penerbangan.

"Ia (kehilangannya) amat dirasai, apatah lagi kami adalah rakan baiknya ketika bekerja. Banyak pengalaman yang kami lalui bersama," katanya.

Seorang lagi rakannya, Kapten Johannudin Othman, 49, berkata selain ucapan takziah dizahirkan buat keluarga mangsa, beliau serta rakannya sedia membantu jika keluarga Allahyarham memerlukan bantuan.

"Kami menganggap apa yang berlaku ini sebagai ketentuan dari yang Maha Esa. Kami doakan yang terbaik buat arwah, kami akan bantu keluarganya jika mereka memerlukan bantuan," katanya turut menyatakan arwah seorang bapa yang pentingkan keluarga dan rapat dengan kedua-dua anaknya.

Allahyarham Wan Amran meninggalkan seorang balu, Marian Yusof serta dua anak lelakinya masing-masing berusia sembilan dan 11 tahun.

Sementara itu, usaha BH mahu mendapatkan reaksi isteri serta dua anaknya sebelum mereka beredar dari lokasi pengebumian tidak berjaya selepas media diarahkan untuk tidak menemubual mereka.

Ketiga-tiganya juga kelihatan dikawal ketat difahamkan oleh ahli keluarga terdekatnya, beredar meninggalkan lokasi itu kira-kira 35 minit sejurus majlis pengebumian selesai.

Majlis pengebumian Allahyarham Wan Imran bermula jam 11.25 pagi dimulai dengan bacaan tahlil ringkas dipimpin pemangku Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Mohd Hatta Ahmad.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com