░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/16/14

Mencari Waris Bayi Kotak Air Mineral



BACHOK - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bachok mencari waris atau ibu bapa kepada bayi lelaki yang ditinggalkan di depan sebuah kedai runcit di Kampung Badak Mati, Tawang, di sini, 7 Jun lalu.

Bayi berkenaan kini berada di bawah jagaan JKM untuk sementara waktu selepas diserahkan kepada agensi itu oleh pihak hospital.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali waris serta ibu bapa bayi itu boleh menghubungi Pegawai JKM Bachok, Azizah Zakaria atau Pegawai Pelindung, Azlina Mohd Zain menerusi  talian 09-764 0806 atau faksimili 09-764 0807.

Bayi berkenaan ditemui oleh pasangan suami isteri, Seman Salleh, 68, dan Zuraini Ab Wahab, 43, kira-kira jam 5.15 pagi, 7 Jun lalu, dipercayai berusia seminggu ketika itu.

Bayi itu ditinggalkan dalam sebuah kotak air mineral semasa ditemui di depan pintu rumah kedai pasangan berkenaan dengan pakaian lengkap dan dibaluti tuala.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com