░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/16/14

Melayu Adalah Pemalas Tidak Amanah -Dr Mahathir




PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan pandangannya mengatakan orang Melayu pada masa ini kurang amanah.Pandangan ini dinyatakan oleh Mahathir yang melihat nilai ini tiada dalam kalangan orang Melayu buat masa ini katanya di Majlis pelancaran buku “Wahai Melayu”.

Menurut Dr Mahathir, setelah 22 tahun, beliau masih gagal untuk mengubah persepsi yang mengatakan orang Melayu malas dan kurang amanah.

Di dalam ucapannya juga, beliau mengatakan yang orang Melayu tidak malu jika gagal dalam peperiksaan mahupun gagal dalam kehidupan.

“Ada juga yang mengatakan, tak apalah jika gagal, nanti boleh menjadi “Mat Rempit”.

“Saya selalu bercakap kepada orang bukan Melayu supaya jangan berfikir bahawa orang Melayu pemalas. Tapi sekiranya orang bertanya kepada saya hari ini, saya terpaksa cakap orang Melayu memang pemalas,” tegasnya.

Kata Dr Mahathir, “Jangan sesekali kita mengambil duit yang bukan milik kita.”

“Saya melihat ada dalam kalangan Melayu yang suka mengambil duit yang bukan hak miliknya. Kita perlu urus kewangan kita dengan baik dan ikhlas.

“Jangan kita ambil yang bukan milik kita. Jika kita lakukan, itu maknanya kita mencuri,” jelasnya.

Dr Mahathir juga turut menceritakan pengalamannya dalam menguruskan pentadbiran dalam penjualan roti selepas bersara.

“Saya membuka kedai roti adalah bagi memberi peluang kepada orang Melayu untuk sebagai pengurus kedai.

“Namun apa yang saya lihat, mereka tidak jujur dan kurang amanah kerana ada dalam kalangan pekerja saya yang mencuri duit pengurusan kedai tersebut. Ini telah terjadi dalam kehidupan saya,” ujarnya.
Tambahnya, jika kita urus duit dengan tidak amanah dengan berkata tak apalah sebab bos tidak tahu, itu satu sikap yang tidak baik.

“Kadang-kadang gaji seseorang itu cukup, tetapi tidak menghargai kerjanya dan hanya berfikir boleh sapu duit sedikit.’

“Jika kita jujur walaupun hutang banyak, kehidupan kita terutama dalam perniagaan akan menjadi kuat. Tetapi jika tidak jujur ia bukan sahaja beri kesan kepada diri kita sahaja, ia beri kesan pada bangsa sebab hutang tidak bayar,” katanya.

Tegasnya, kita harus belajar sikap jujur.

Beliau juga menceritakan pesanan ibu beliau yang mengajar beliau dari kecil supaya tidak mengambil yang bukan miliknya.

“Saya berharap rakyat lebih mengutamakan kejujuran dan beramanah dalam kehidupan,” katanya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com