░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/16/14

Mat Rempit Sepak Anggota Bertugas

Shah Alam: “Matilah saya cik kalau emak dan ayah tahu, saya tak terniat nak sepak anggota bertugas tapi terkena,” itu rayuan seorang remaja lelaki yang ditahan selepas merempuh sekatan jalan dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Persiaran Sultan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian  jam 2 pagi itu, remaja lelaki itu dikatakan menendang seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bertugas semasa cuba melarikan diri.

Remaja terbabit yang juga pelajar sebuah kolej kemahiran di bandar raya ini, turut menangis teresak-esak kerana risau akan dibuang daripada kolej jika perkara itu diketahui.

Remaja itu yang dikenali sebagai Mohd, 18, berkata, dia cuba melarikan diri kerana tidak mempunyai lesen menunggang motosikal.

AKSI berani mati yang ditunjukkan mat rempit ketika membuat pusingan U untuk melarikan diri.

AKSI berani mati yang ditunjukkan mat rempit ketika membuat pusingan U untuk melarikan diri.

“Saya tidak tahu apa akan jadi kalau emak dan ayah di kampung tahu perkara ini,” katanya.
Sekatan jalan raya itu dilakukan anggota dari Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama-sama bahagian Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor selain dibantu penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com