░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/9/14

Kutip Botol Tanggung Anak


Saudah dan anak-anak bersama Sharifah (kanan) ketika ditemui di rumahnya.


SUNGAI PETANI - "Mata masih kabur lagi, pada sebelah siang nampak silau dan sebelah malam agak kelabu," luah Saudah Mohamad, 38, berhubung masalah mata yang ditanggungnya sejak sekian lama.

Saudah dari Kampung Kurnia Jaya, Bedong berkata, walaupun tahap penglihatan berkurangan namun dia masih melakukan kerja mengumpul botol plastik di pusat pelupusan sampah bagi memperoleh pendapatan.

Menurutnya, hanya itu sahaja pekerjaan yang mampu dilakukan bagi menampung kehidupan dia bersama dua anak, Mohd Firdaus Abdullah, 6, dan Nor Syazwani Aziz, 11.


“Rutin kerja bermula pada jam 8 pagi iaitu berjalan ke pusat pelupusan sampah di Bedong untuk kutip barangan plastik,” katanya.

Saudah berkata, apabila selesai kerja mengutip dilakukan, dia akan mengasingkan botol mengikut kategori.

Katanya, sekiranya tiada sesiapa yang dapat menjaga Mohd Firdaus, anaknya itu akan dibawa bersama ke tempat pelupusan sampah sehinggalah kerjanya selesai kira-kira jam 8 malam.

"Walaupun kehidupan kami serba kekurangan, tetapi persekolahan Nor Syazwani tetap berjalan lancar," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Thye Eng, Sharifah Abdullah berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kisah keluarga itu sebelum ini.

“Kes ini sudah dibawa ke pengetahuan beberapa pihak sebelum ini termasuk wakil rakyat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan turut membantu.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga hadir sama menyampaikan bantuan segera RM300 kepada Saudah dalam kunjungan terdahulu,” katanya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com