░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/17/14

Kedai Gunting Retro Berhantu


Gopeng: Biarpun dikatakan ‘kedai berhantu’ oleh sesetengah pihak, kedai gunting rambut berusia lebih 60 tahun  di Pekan Kampung Kepayang, Sungai Raya di sini, masih teguh beroperasi dan menjadi tumpuan masyarakat sekitar.

Kedai yang masih aktif  itu tetap menarik perhatian ramai serta dikunjungi oleh pelanggan daripada pelbagai kaum dan usia.

Tidak kira Melayu, Cina atau India, semua pelanggan yang mendapatkan khidmat guntingan di kedai itu pastinya berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan ‘klasik’ yang dipraktikkan sejak sebelum merdeka lagi.

Mula beroperasi pada 1953, kedai gunting  diuruskan  generasi kedua iaitu R Gnasergaran, 63, masih menjadi tumpuan sehingga kini.

Tambah menarik orang ramai yang melalui jalan lama khususnya dari Gopeng  ke Ipoh pastinya  menyedari kewujudan kedai berkenaan berikutan ia adalah satu-satunya premis yang masih beroperasi di pekan lama itu.

Gnasergaran berkata, walaupun keadaan bangunan agak uzur dan lama, kebanyakan pelanggan masih setia menggunakan khidmatnya.


DERETAN kedai yang terletak  di PekanKampung Kepayang. Gambar kecil, Gnasergaran menggunting rambut pelanggan.

“Saya  bersyukur  mampu meneruskan perniagaan  ini walaupun beroperasi di kawasan yang  jauh daripada tumpuan ramai. Malah, kebanyakan pelanggan datang daripada pelbagai kaum dan peringkat umur.

“Siapa sangka kedai yang dikatakan buruk dan berhantu oleh sesetengah pihak masih mampu menarik minat orang ramai daripada pelbagai kaum. Tidak kira Melayu, Cina atau India, semua  pelanggan saya,” katanya.

Menurutnya, kawasan sekitar pekan Kampung Kepayang pada awalnya tidak sunyi seperti sekarang, sebaliknya ia  ‘lubuk’ perniagaan yang popular bagi masyarakat setempat untuk membeli barang keperluan.

Katanya, hampir semua peniaga di bangunan berkenaan  berpindah sekitar 1990-an selepas wujudnya desas-desus mengatakan laluan jalan di pekan itu akan dinaik taraf menjadi lebuh raya.

“Namun, selepas mereka mula berpindah, projek itu dibatalkan dan dilaksanakan di laluan lain. Saya juga agak terkilan apabila mereka pindah meninggalkan pekan ini.

“Bayangkan ketika itu saja ada lapan kedai runcit,  tidak termasuk tiga kedai gunting rambut serta enam kedai kopi. Namun kini hanya kedai gunting rambut saya yang  beroperasi,” katanya.
Dalam pada itu, Gnasergaran t berharap  pihak tertentu dapat menaik taraf atau memperbaiki bangunan lama jika ia masih kukuh untuk digunakan.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com