░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/6/14

Jim: Enam Badan Dayak, Prs Buat Laporan Polis



SIBU: Enam organisasi Dayak di sini termasuk Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Sibu membuat laporan polis bagi membantah kenyataan dalam akaun laman sosial Facebook Jemaah ISIS Malaysia (JIM) yang berbaur hasutan.

Laporan polis itu dibuat bersama di Balai Polis Sentral Sibu oleh wakil keenam-enam organisasi tersebut diketuai Timbalan Ketua Pemuda PRS Sempurai Petrus Ngelai petang semalam.

Selain PRS, organisasi Dayak lain ialah Persatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Pusat, SDNU Sibu, SDNU Sibu Jaya, Persatuan Wanita Dayak Sarawak (SIDS) Sibu dan Pertubuhan Belia Dayak Sarawak (PERBEDAS).

Menurut Sempurai, tujuan mereka membuat laporan polis itu untuk menyatakan rasa tidak puas hati dengan kenyataan dalam akaun Facebook yang menggunakan nama Jemaah ISIS Malaysia (JIM).

“Kenyataan yang dikeluarkan dalam media sosial itu jelas menghasut orang ramai dan memandang rendah kaum Dayak.

“Kita mahu polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan tersebut,” katanya di sini semalam.

Difahamkan laporan polis yang sama juga dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dayak di Kuching dan Miri bagi membantah kenyataan tersebut.

Sempurai memberitahu, mereka ingin bersama-sama NGO Dayak yang lain di Sarawak yang cintakan keamanan.

“Kita tidak mahu golongan yang berkepentingan ini memporak-perandakan negara kita,” katanya yang mengetahui mengenai kenyataan JIM itu ketika melayari Facebook dan WhatsApp pada 2 September lalu, kira-kira jam 9 pagi di pejabatnya.


Menurut wakil SDNU Pusat, Augustine Merikan mereka membuat laporan polis kerana ingin menyuarakan hasrat hati memandangkan kenyataan yang dikeluarkan JIM itu seolah-olah mempermainkan kaum Dayak.


“Kita tidak mahu kacau-bilau. Kita mahu keamanan kerana kaum Dayak bukan kaum yang ganas. Kita tidak mahu hasutan seperti ini,” katanya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com