░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/9/14

Jangan Terus Tuduh Kastam Rasuah




"Jangan terus menuduh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengamalkan rasuah hanya disebabkan 12 pegawainya ditangkap. Itu persepsi tidak baik dan perlu diperbetulkan,”.

Itu kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berhubung tanggapan buruk masyarakat berikutan penangkapan12 pegawai KDRM kerana disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah.

"Semua pegawai yang ditahan itu kini sedang dalam siasatan dan jika didapati bersalah, mereka pasti akan menerima hukuman sewajarnya.

"Saya yakin Jabatan Kastam tidak akan melindungi mana-mana kakitangannya daripada unsur yang boleh merosakkan negara,” katanya di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur pagi tadi.

Jelasnya, orang ramai tidak boleh membuat spekulasi terhadap penangkapan tersebut kerana polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memaklumkan kepada umum apabila siasatan selesai nanti.

"Kita tidak boleh menghukum semua yang bekerja di KDRM melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang hanya kerana 12 orang yang tangkap.

"Sebaiknya, kita tunggu keputusan hasil siasatan polis dan SPRM. Saya hanya boleh mengulas setakat itu sahaja," katanya.

Dua hari lalu, seramai 12 individu ditahan polis termasuk 12 pegawai KDRM yang disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai. 

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Sri Mohd Shukri Abdull, kejayaan menahan mereka adalah hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang. 

Seorang daripada 12 pegawai KDRM yang ditangkap itu adalah pengarah Kastam negeri. 
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com