░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/9/14

Hutang Negara Dalam Bahaya?




SHAH ALAM, 4 SEPT: Kerajaan Pusat disaran mengambil iktibar situasi ekonomi Sepanyol yang kini menanggung hutang melebihi USD1 trilion iaitu mencecah 100 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Mantan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob berkata sedangkan tiga tahun lalu Kerajaan Sepanyol hanya menanggung hutang antara 70 hingga 80 peratus berbanding KDNK mereka tetapi melonjak kepada hampir mencecah 100 peratus hari ini walaupun memperkenalkan dasar menaikan pelbagai cukai kepada rakyat Sepanyol.

“Sepanyol gagal mengawal perbelanjaan mereka hingga menyebabkan Sepanyol hari ini terpaksa menanggung hutang lebih USD1 trilion atau hampir mencecah 100 peratus dibandingkan dengan KDNK,” kata Dr Yaakob dihubungi Selangorkini.



Jelas Dr Rosli, Kerajaan Pusat sepatutnya menjadikan Kerajaan Selangor sebagai model yang mengamalkan perbelanjaan berhemah, menyekat ketirisan dan membendung amalan rasuah dengan bersungguh-sungguh.

“Kerajaan Pusat tidak langsung mahu menjadikan Kerajaan Selangor sebagai contoh. Mereka masih lagi mengamalkan memberikan projek kepada kroni secara rundingan terus. Langsung tidak ada langkah berjimat-cermat,” kata beliau lagi.

Dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara, sejak 2009, Kerajaan Selangor setiap tahun mendapat pujian ekoran kejayaan mengurus sumber kekayaan negeri terkaya itu dengan cekap dan berhemah sehingga membolehkan Kerajaan Negeri itu mengumpul rezab daripada RM400 juta pada 2008 kepada RM3.2 bilion ketika ini.

Tambah Dr Rosli, kegagalan Sepanyol mengawal hutang merupakan bukti kukuh bahawa perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan memberi kesan positif kepada ekonomi dan hutang negara sebaliknya kerajaan perlu mengkikis tabiat yang cenderung kepada pembaziran, ketirisan dan rasuah terlebih dahulu.

Kata beliau lagi, jumlah hutang negara yang mencecah RM700.1 bilion pada suku tahun pertama tahun ini seperti diumumkan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz itu juga membuktikan kerajaan pusat tidak melaksanakan langsung janji mahu mengawal perbelanjaan sekaligus mengurangkan hutang negara.

KUALA LUMPUR 16 Mei - Malaysia te-lah mendefinisikan semula hutang luar negaranya kepada denominasi ringgit berkuat kuasa suku pertama tahun ini.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, sebelum ini, definisi hutang luar negara diambil kira bukan dalam denominasi ringgit dan langkah mendefinisikan semula diambil berikutan kemajuan yang ketara dalam pasaran kewangan Malaysia yang dianggap sudah matang.
Katanya, pasaran kewangan Malaysia matang selain menghasilkan penyertaan pelabur bukan pemastautin yang lebih tinggi dalam sekuriti hutang domestik dalam denominasi ringgit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Jelasnya, susulan definisi semula ini, pemegangan sekuriti hutang dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin, kredit perdagangan yang diberikan oleh rakan-rakan pedagang asing dan liabiliti hutang lain, kini dimasukkan sebagai sebahagian daripada hutang luar negara Malaysia.
"Pada akhir Mac lalu, hutang luar negara Malaysia yang diberi definisi semula berjumlah RM700.1 bilion, bersamaan AS$212.5 bilion atau 65.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama tahun ini," katanya kepada pemberita selepas membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku pertama 2014 di sini hari ini.
Tambah Zeti, peningkatan dalam hutang luar negara ini disebabkan peminjaman luar pesisir oleh sektor swasta dan pemegangan liabiliti hutang denominasi ringgit oleh bukan pemastautin yang lebih tinggi, dengan lebih separuh daripada jumlah hutang luar negara mempunyai profil kematangan untuk tempoh jangka panjang.
"Hutang jangka pendek kekal terurus dan dapat ditampung oleh rizab seba-nyak 1.3 kali pada akhir bulan Mac lalu," ujarnya.
Kata Zeti, kedudukan luaran Malaysia kekal berdaya tahan disokong oleh asas-asas ekonomi dalam negeri yang kukuh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140517/ek_02/Malaysia-takrif-semula-hutang-luar#ixzz3CYBVvqm8 
© Utusan Melayu (M) Bhd
______________________________________________________


Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com