░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/18/14

Haji: Ada Yang Sanggup Guna Pakej Rm169k Seorang



MEKAH 15 Sept. - Ada jemaah haji sanggup menggunakan pakej swasta menerusi agensi pelancongan sehingga menelan kos maksimum RM169,000 seorang pada musim haji 1435H ini.

Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Tabung Haji, Mat Admara Alang Azizdin berkata, jemaah-jemaah berkenaan sanggup mengeluarkan belanja mahal kerana menikmati banyak kelebihan termasuk penginapan dekat dengan Masjidil Haram, tempat melontar jamrah dan menikmati makanan ala buffet.

Menurutnya, terdapat 18 agensi pelancongan tempatan di Malaysia telah diluluskan oleh Tabung Haji yang menawarkan pakej haji sehingga serendah RM18,000 seorang untuk musim haji kali ini.
"Bagaimanapun dalam mengelolakan pakej haji agensi-agensi pelancongan ini, kita ada pasukan pemantau terdiri daripada Tabung Haji dan pasukan ibadah tanah suci (Pihtas) yang akan menilai perkhidmatan diberi.

"Pernah ada agensi yang dalam risalah (iklan) kata jarak antara hotel dan Masjidil Haram hanya 300 meter, tapi bila kita sukat macam sukatan JKR (Jabatan Kerja Raya), jaraknya 800 meter. Kalau sekadar lebih 20 atau 30 meter tak mengapalah, kita masih boleh bertolak-ansur," kata beliau kepada petugas media di sini.

Admara berkata, antara syarat lain yang perlu dipatuhi agensi pakej haji terbabit adalah tidak boleh sewenang-wenangnya mengenakan bayaran tambahan terhadap jemaah ketika sudah berada tanah suci.

"Ada agensi yang buat kutipan sehingga RM48,000 cakap kononnya mereka sudah naik taraf bilik dan makanan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan Tabung Haji," katanya.

Menurutnya, jika enam tahun lalu, jumlah agensi pakej swasta mencecah sehingga 30 agensi, kini bilangan itu berjumlah 18 disebabkan peraturan ketat Tabung Haji yang hanya mahu agensi yang bertanggungjawab.

"Ada agensi itu yang tidak pernah kita luluskan untuk beroperasi semula meskipun setiap tahun mengemukakan rayuan," katanya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com