[Latest News][6]

aaa
aab
Adi Putra
Aidil Zafuan
alam
Anime
Anzalna Nasir
Article
berita
Betul Ke Bohong
Bola
canggih
cantik
Cartoon
Cerita Ghairah
CINTA
Cool
Download
Drama
Dunia Accident
Dunia aneh
Dunia Automobil
Dunia Fotografi
Dunia Gosip
Dunia Haiwan
Dunia Hot
Dunia Jenayah
Dunia Kesihatan
Dunia Loving
Dunia Pelik
Dunia Sukan
E-BOOK
Easy to Buy (Online Shop)
Emma Maembong
Event
Fail
gadget
game
GOOGLE ANALYTIC
Hafiz
Hairul Azreen
Hanez Suraya
Hanis Zalikha
hantu
Ingatlah
Insaflah
Internet
INTERNET BISNES
Jawatan Kosong
Kerja Kosong
Khai
Kita
kosmo
Lawak
Lawak Gambar
Lawak Pendek
Lawak Video
lirik english
lirik melayu
Lucu
macam-macam
Magazine
Makanan
Mamat
Manusia(setan)
Memasang Related Post
Menarik
Metro Arena
MH370
Mohd Mentor
motivasi
Nabila Huda
NUFFNANG
nyummy
PAID TO CLICK
Petua
Rahim R2
RAHSIA KAD PREPAID
Remy Ishak
Rosma AF
Sharifah Sakinah
Syazwan Zulkifly
Teka-Teki
Teka-Teki Gambar
teknologi
tips
tradisi
TUTORIAL
unik
video
weird
Zarema Zainal
Zizan Razak

Gesaan Syarikat Swasta Adakan Cuti Haji 45 Hari



SHAH ALAM – Syarikat swasta yang memberi kelonggaran kepada pekerja untuk mengambil cuti khas bagi mengerjakan haji patut diberikan imbuhan khusus oleh kerajaan sebagai tanda galakan.
        
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebagai contoh, kerajaan boleh memberikan insentif cukai kepada syarikat swasta yang membenarkan pekerja mengambil cuti bergaji untuk mengerjakan ibadah haji.
        
“Antara kekangan utama (pekerja swasta) untuk menunaikan haji ialah ketiadaan cuti yang mencukupi, menyebabkan mereka terpaksa mengambil cuti tahunan yang mungkin tidak cukup untuk tempoh 45 hari ibadah haji.

“Ini menyebabkan mereka terpaksa ambil cuti tanpa gaji dan ini akan lebih membebankan mereka,” katanya mengulas cadangan dikemukakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.
        
Menurut Asyraf Wajdi, beliau menyokong penuh cadangan itu kerana masalah ketiadaan cuti haji antara keluhan yang banyak didengari daripada pekerja sektor swasta.
Menurutnya, kesedaran menunaikan haji pada masa ini bukan lagi terhad kepada golongan yang sudah pencen tetapi juga dalam kalangan orang lebih muda, terutama dalam lingkungan umur 30 hingga 40 tahun.

“Mereka ini masih bekerja dan kebanyakan mereka di sektor swasta. Cadangan ini amat perlu disokong apatah lagi kita negara Islam. Jadi, sektor swasta juga perlu jiwai prinsip negara Islam ini.
        
“Sepatutnya di zaman ini tidak timbul lagi masalah dalam menjalankan apa-apa amalan agama,” kata Yang Dipertua Yayasan Islamiah Malaysia (Yadim) itu.

Asyraf Wajdi berkata, cadangan Razali itu juga boleh dijadikan usul dalam Perhimpunan Agung Umno 2014 yang akan berlangsung November depan, yang akhirnya diharap boleh dijadikan dasar kerajaan.

Razali sebelum ini menggesa syarikat swasta memberikan cuti khas kepada kakitangan yang ingin mengerjakan ibadah haji.
        
Menurut Razali, Umno perlu mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan bagi memberikan peluang kepada semua umat Islam di Malaysia menunaikan rukun Islam kelima tersebut.
        
“(Cadangan ini) khusus kepada syarikat swasta yang masih tidak melonggarkan pengambilan cuti khas bagi pekerja Islam untuk menunaikan fardu haji,” katanya.

Razali dilaporkan berkata, sebahagian besar syarikat swasta, terutama yang dimiliki orang bukan Islam tidak melonggarkan cuti kepada pekerja untuk menunaikan haji.
        
Menurutnya, pada masa ini, hanya kakitangan awam boleh mengambil cuti bergaji untuk menunaikan haji selari dengan pekeliling kerajaan pada 1984 tetapi pekerja syarikat swasta belum menerima kemudahan sama.

Pekeliling kerajaan pada 1984 mengenai peraturan kelayakan cuti haji menyebut pegawai kerajaan beragama Islam, termasuk guru-guru, dibenarkan mengambil cuti bergaji penuh selama 40 hari untuk menunaikan fardu haji.
                ______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

About Author Buddy-On9

Apa Kejadahnya Semua Ini!!! Berita-berita terkini, panas di pasaran.

Start typing and press Enter to search