░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/3/14

Filem Hantu Jejas Akidah


Gambar hiasan

Seremban: Filem dan drama berunsurkan hantu, pemujaan serta kepercayaan karut masih berleluasa ditayangkan di televisyen sehingga boleh memberi kesan buruk terhadap akidah umat Islam.

Pakar motivasi Didik Diri Resources yang juga Perawat Islam Pusat Motivasi Ruqyah, Bangi, Selangor, Ahmadi Baharudin berkata, penerbit filem perlu menghentikan segera penghasilan karya sedemikian.

Katanya, penerbit hanya memikirkan keuntungan tanpa mempertimbangkan tindakan mereka memberi impak terhadap masyarakat Islam.

Beliau yang berpengalaman selama 10 tahun dalam rawatan Islam berkata, penghasilan karya seumpama itu menggalakkan anak muda terbabit dalam pencarian paranormal.

Menurutnya, tidak cukup dengan itu, terdapat juga babak menunjukkan perbuatan syirik yang menggugat akidah dan kepercayaan umat Islam.

“Sudah-sudahlah mereka (penerbit) hasilkan filem hantu.

Lebih baik hasilkan filem yang mengajar penonton,” katanya.

Menurutnya, menerusi pengalamannya dalam bidang perubatan Islam, jin adalah makhluk yang menyukai sekiranya diri mereka dipopularkan.

Ahmadi kesal kerana hampir 10 tahun ini, industri seni tanah air banyak menghasilkan filem berunsurkan hantu.

“Lebih mengecewakan apabila menyiarkan roh orang mati boleh pulang semula ke keluarga, mengganggu orang ramai atau tersangkut antara langit dan bumi sedangkan perkara itu tidak berlaku,” katanya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com