░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/28/14

Dicerai Kerana Enggan Tutup Pintu Kereta


Riyadh: Seorang wanita diceraikan semata-mata kerana enggan menutup pintu kereta.

Kejadian berlaku minggu lalu ketika dia dan suaminya pulang dari berkelah.

Sebaik tiba di rumah, wanita itu menurunkan anak mereka. Si suami menyuruh dia menutup pintu kereta tetapi dia enggan, kerana suaminya  lebih dekat dengan pintu itu.

Berang dengan tindakan isterinya, lelaki itu berkata: “Saya ceraikan kamu jika kamu enggan menutup pintu kereta itu.” 

Wanita itu serta-merta membawa anaknya pulang ke rumah bapanya.

Seorang ulama terkenal, Sheikh Asim Al-Hakim berkata, kata-kata si suami dan tindakan isterinya menyebabkan perceraian mereka sah.

Kejadian itu adalah sebahagian alasan tidak menasabah yang meruntuhkan rumah tangga pasangan di Arab Saudi.

Menurut satu kajian, pada 2012, terdapat 30,000 kes cerai berlaku di Arab Saudi, purata 82 kes sehari atau tiga dalam masa sejam.

Dan kadar perceraian di negara itu dilapor semakin meningkat setiap tahun.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com