░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/8/14

Di Saman Walaupun Mesin Rosak


Rafika menunjukkan mesin bayaran parkir yang tertera mesej ‘Not in use’ menandakan ia tidak boleh digunakan.


AMPANG - Keadaan mesin tiket letak kereta di pusat perniagaan Taman Melawati yang sering rosak menimbulkan rasa kurang senang pengguna apabila mereka menerima notis saman daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pekerja swasta, Sabariah Husin, 45, berkata, dalam seminggu pasti ada mesin tiket rosak dan dia terpaksa berjalan ke bahagian bangunan lain untuk mencari mesin yang berfungsi.

Menurutnya, disebabkan masalah itu, pernah sekali dia tidak sempat untuk mencari mesin tiket parkir yang berfungsi mengakibatkan kenderaannya disaman.

“Kadang kala tiga hari elok, tiga hari rosak. Dahulu ada dua mesin untuk satu kawasan, sekarang hanya ada satu . Jadi ia menyusahkan.

“Apabila saya rujuk di pejabat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini, mereka minta saya telefon sendiri pihak yang menyelenggara mesin,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Rafika Mohd Yusof, 26, turut berdepan masalah sama menyebabkan kenderaannya turut disaman.

Katanya, dia terpaksa mencari mesin yang berfungsi ke beberapa blok daripada tempat dia bekerja sehingga menjejaskan rutin pekerjaannya apabila mengambil tempoh lama untuk ke satu-satu blok.

“Memang kita maklum jika tak bayar parkir akan dikenakan tindakan. Tapi kalau mesinnya tak berfungsi, perlu ke saya cari sehingga satu Melawati?

“Ada mesin yang sudah lama rosak tidak dibaiki. Bukan saya tak mahu bayar parkir, tapi kalau hari-hari kena cari mesin yang berfungsi, ia menyusahkan urusan harian saya,” katanya.

Kakitangan syarikat keselamatan, Melati Medang, 38, pula menyifatkan pengurusan penyelenggaraan mesin tiket yang diuruskan pihak ketiga menyebabkan tindakan penguatkuasaan tidak selaras.
“Pihak MPAJ perlu memastikan setiap mesin tiket letak kereta berfungsi sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com