░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░ ░░░░█▀█░█░░░█▀▀░█▀█░█▀▀░█▀▀░░░░█░░░█░█░▄▀░█▀▀░░░░▀█▀░█░█░█░▄▀▀░░░░░ ░░░░█▀▀░█░░░█▀░░█▀█░▀▀█░█▀░░░░░█░░░█░█▀░░░█▀░░░░░░█░░█▀█░█░░▀▄░░░░░ ░░░░█░░░█▄▄░█▄▄░█░█░▄▄█░█▄▄░░░░█▄▄░█░█░▀▄░█▄▄░░░░░█░░█░█░█░▄▄▀░░░░░ ░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

9/14/14

Ayam Naik 80 Sen!


Shahrizal sedang memotong bahagian ayam yang akan dijual di Pasar Kedai Payang, semalam.


KUALA TERENGGANU - Harga ayam di negeri ini naik sebanyak 80 sen dari RM7.70 sekilogram kepada RM8.50 bagi ayam standard sementara RM9.30 sekilogram bagi ayam super sejak empat hari lalu.

Peniaga ayam di Pasar Kedai Payang, Shahrizal Rosli, 34, berkata, walaupun jualan ayam tidak begitu laris, harganya kian naik dipercayai akibat kekurangan bekalan ayam selepas musim perayaan.

“Harga ayam naik kebelakangan ini dipercayai akibat kekurangan stok ayam di Terengganu dan terpaksa ambil bekalan dari luar seperti dari Temerloh, Pahang.

“Biasanya sehari kita jual dalam 200 kilogram ayam dan modal bagi ayam yang dijual ialah RM7.50, untung hanya RM1 sementara modal RM6.20 bagi ayam hidup,” katanya.

Sementara itu, Pengurus TD Poultry Sdn Bhd, Rizal Kamarun mengakui bekalan ayam kini tidak mencukupi menyebabkan harga barang mentah itu meningkat kebelakangan ini.

Menurutnya, dijangka harga ayam akan semakin naik kerana bekalan tidak cukup ditambah pula dengan musim cuti persekolahan.

“Sekarang ramai peniaga ambil bekalan ayam dari luar kerana bekalan ayam tidak cukup di Terengganu. Kita hanya boleh keluarkan hingga 160,000 ekor hingga  200,000 ekor seminggu sedangkan keperluan ayam di sini sebanyak 60,000 sehari.

“Harga ayam dijangka akan naik lagi disebabkan bekalan tidak mencukupi ditambah pula dengan bilangan anak ayam yang tidak mencukupi. Harga bagi anak ayam sahaja mencecah RM2.10 seekor berbanding RM1.90 atau RM1.80 sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, pada pertengahan Ogos lalu, harga ladang bagi seekor ayam ialah RM3.80 berbeza dengan peningkatan harga ladang sebanyak RM5.50 bagi seekor ayam hidup sekarang.

Bagaimanapun, katanya, biasanya bekalan dan harga ayam akan stabil selepas Hari Raya Haji kerana kebanyakan masyarakat akan menggunakan daging lembu untuk menunaikan ibadah korban.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Buddy-On9 © 2015 - Designed by Templateism.com